Tuesday, July 28, 2015

Tukar produk kulit, ada masalah tak?

Bab kulit, terutamanya muka; ramai yang risau. Sebabnya orang senang nampak either elok atau tak.

Ramai je yang suka suka tukar produk untuk kulit ni. Cuma, ada masalah tak? Ramai yang tak ada masalah tapi yang  berkulit sensitif, memang masalah.

 Apa yang perlu dibuat bila mahu menukar produk kecantikan?


Kulit kita sentiasa berubah mengikut umur, cuaca dan keadaan membuatkan kadang kadang kita perlu menukar jenis produk. Jika dulu kulit kita jenis berminyak, hampir saja ke umur 40an, ia hampir kepada kering. Begitu juga ketika mula bekerja dengan keadaan yang tidak sama ketika belajar. Kalau jenis kulit sensitif, bertambah lah,ketelitian memilih. Berikut adalah panduan memilih atau ingin menukar produk
a)teliti jenis kulit (berminyak, kering, normal atau jika ada alahan tertentu)
b)pilih produk mengikut jenis kulit. teliti juga bahan yang ada jika anda mempunyai kulit sensitif. walaupun produk itu manyatakan ia jenis lembut, jika anda alah pada bahan dalam produk itu, ia bukan untuk anda
c)ketika ingin menukar produk atau jenama, 'rehatkan' kulit dari memakai apa apa produk dalam masa seminggu. ia untuk mengelakkan kejutan pada kulit.
d) peringatan kepada pemilik kulit sensitif, jangan campur jenama produk bagi mengelakkan masalah kulit. ( contoh campur jenama ialah guna pencuci mula jenama A, tapi guna pelembab jenama B kemudian guna pelindung matahari jenama C)