Thursday, October 6, 2016

Manis tanpa gula

Bila sebut manis, ramai terfikir gula. Dalam hidup kita gula pasir memang tak dapat lari. Boleh kata kena ada. Dalam kek, air minuman, makanan, ais krim, jajan.

Manis, sedap, tapi ada risiko dia sendiri (klik SINI)

Tapi, boleh tak kita buang gula yang kita selalu ambil?

Selain madu, ekstrak Stevia mula menjadi pilihan sebagai pemanis asli.
Bagi yang terbiasa dengan gula biasa, akan rasa lain sikit manis stevia ni.

 Produk stevia ada datang dalam pelbagai bentuk; daun, serbuk dan stevia drop. Setakat ni, yang berbentuk drop menjadi perhatian.


Boleh guna untuk masakan dan minuman, Nak buat kek pun tak ada masalah. Since ada pilihan dalam bentuk serbuk, pengguna ada pilihan nak guna yang mana. Bagi saya, bentuk drop agak handy sebab boleh bawa ke mana mana.


Bagi yang nak try dan nak maklumat lanjut berkenaan Stevia Drop, boleh saja hubungi
012 6899281
atau
Zuriani's Collection

Wednesday, September 7, 2016

Ibu kena minum susu?

Bagi ibu mengandung dan menyusu anak, ada doktor maklum untuk banyakkan minum susu. Betul tak?

Kenapa ibu dan bakal ibu perlu ambil lebih susu?
Bagi bakal ibu, susu mencukupkan keperluan nutrien seperti vitamin A & D, kalsium dan protein. Tambah lagi, waktu 'berisi' ni, senang mual dan kadang-kadang sensitif dengan makanan tertentu. Jadi, susu boleh mengganti zat yang hilang.


Bagi ibu menyusu, walaupun tidak ada atau kurang alahan, susu masih membantu mencukupkan nutrien, Lapi pula semasa awal usia bayi ( 0 - 6 bulan), bayi masih belum ambil apa-apa makanan solid.

Tapi, biasanya, susu kosong yang berwarna putih susah sangat nak diambil. Dengan warna yang kurang menarik, kadang -kadang bau dan rasanya juga tak berapa menarik.

Sekarang, ibu ibu ada alternatif, kerana Mummylicious menawarkan susu kambing dengan pilihan perisa; Coklat, Vanilla dan Strawberi.




Mahu maklumat lanjut? klik SINI

Saturday, July 30, 2016

Susu punca gemuk?

Sebut pasal susu, ada yang suka, ada yang tidak suka.

Ada sekali bila saya bercerita pasal susu , seorang kawan balas
"Saya sedang diet sekarang.."

Saya cuma balas,
" Susu tak akan rosakkan diet awak. Ikut atas jenis susu yang awak ambil"

Sekali lagi saya dipintas "Susu bukan menggemukkan ke? "

Dah mula saya mahu gelak.
Secara umum, susu tak menggemukkan. Bergantung kepada berapa banyak yang kita ambil dan jenis susu yang kita ambil. Macam yang kita tahu, susu mempunyai protein,kalsium dan vitamin yang badan kita perlukan.

Ambil lah susu setakat yang perlu. Keperluan badan kita tak sama, ikut pada umur, ketinggian, dan aktiviti setiap hari.
Tak suka susu asli, campurkan saja dalam minuman yang kita suka. Tidak pun, ambil susu yang berperisa.


Nak cari susu kambing sedap? Klik SINI


Sunday, July 3, 2016

Pertandingan di hari raya yang annoying

2 minggu terakhir nak raya, ramai yang kelam kabut.  Ye lah, pakat tengokm checklist, takut ada tertinggal; tiket balik, condition kereta untuk balik, baju raya, cuti (approved ke tidak) dll.

Aku yang tak berapa ada checklist ni pun join je kemeriahan kelam kabut tu. Masalah terbesar aku, barang basah je. Macam ayam, udang. Sebab, nak beli awal, takut busuk. nak beli lewat sikit, kena budjet masa, takut habis.

Hari raya, hari yang mulia. Tapi, aku terperasan ada yang berubah dalam 5 - 6 tahun ni. Ada yang buat pertandingan tak rasmi. Bagi aku, kenapa nak bertanding? Hari Raya kot, patut bermaafan, berhimpun dan bertanya khabar, bukan bertanding, betul tak?

Antara pertandingan yang buat aku rasa annoying aku list kat sini

1- Pertandingan baju raya - siapa paling mahal, paling trendy, paling glamor, paling banyak. 
    Ya, aku tak faham kenapa nak berlawan? Harga, belilah yang mampu. Trend, tiap tiap bulan berubah, beli sekarang, sure ke akan pakai lepas raya nanti? Banyak, sama macam trend, sure akan pakai semuanya lepas raya? 

2- Pertandingan Open House -  yang ni memang, buat kadang kadang aku rasa macam taknak pergi. Annoying sangat sangat bila dengan tetamu datang, kritik tuan rumah " orang sana buat 30 lauk, tuan rumah ni buat 7 je..." Serius, tak best. Itu dari tetamu. Yang nak buat open house pun, ada yang nak bertanding jugak.... " tahun lepas rumah XXX buat nasi ayam. nak buat lagi best lah dari dia"  Wow, kita buat open house, sebab nak berkumpul ramai ramai. dah nak bertaruh pulak, best ke tak, berapa lauk ada?

3- Pertandingan peribadi -  Siapa kerja gaji tinggi, kerja glamor (apa kelas kan, kerja di kilang, biarlah head engineer pun...). Banyak jenis pertandingan peribadi ni. bagi yg dah kawin & ada anak, anak-anak pun boleh jadi mangsa pertandingan.  



Ya, tak semua orang masuk pertandingan ni, Tapi, yang masuk, yang anjurkan pun ramai juga kan?