Thursday, November 5, 2020

Software review: Manager

 Manager?

Ya, nama software ni Manager.

Buat masa sekarang, ia percuma. Secara asas, saya gunakan software ni untuk rekod transaksi urusniaga kelas saya. Ia lebih kepada rekod kewangan dan akaun perniagaan kecil.

Kelebihan software ni, rekod P&L (untung rugi) automatik selepas kita rekodkan jurnal jualan. Pengiraan cukai, invois dan nota kredit/debit juga ada dalam software  Untuk perniagaan kecil, saya rasa software ni agak ok.

Cuma, bila kita sudah berkembang dan mempunyai lebih dari satu cawangan, mungkin akan jadi kompleks dan software ni agak kurang sesuai. 


Setakat ni, saya belum bandingkan lagi software lain yang berkaitan. Untuk perniagaan berskala besar, mungkin ada software yang lebih baik dan lebih sesuai.




Wednesday, May 6, 2020

Aplikasi dalam talian untuk belajar bahasa

Dah lama saya kurang menulis di sini.


Musim PKP ni, banyak kelas dijalankan dalam talian. Pelajar sekolah, diberi kerja rumah seperti biasa. 

Cuma dari segi rujukan, sesetengah tu ada masalah sikit. Iyalah, kedai buku dah terhad untuk kita singgah. nak order online, kadang-kadang stok lambat sampai.


Untuk belajar bahasa Inggeris atau bahasa asing, saya sarankan guna dulu aplikasi online yang ada.
Sebahagian aplikasi ni, percuma. Berbayar pun ada.

Di blog Kelas English, ada senarai aplikasi yang boleh digunakan.