Sunday, March 25, 2012

Orang muda kurang daya tahan?


Kebanyakan orang veteran sekarang aku lihat masih kuat dan mampu bekerja walaupun umur melepasi umur bersara (lingkungan 55 tahun) malah majikan dan pihak atasan aku, umur lebih 60 tahun masih sihat dan cergas. Demam dan lenguh itu, biasa disebabkan umur yang meningkat dan cuaca. Tetapi secara am, masih kuat. Mungkin disebabkan peningkatan taraf hidup dan akses kepada bahan dan maklumat perubatan semakin senang dicari sekarang. Tetapi, bukan itu isu yang aku mahu bercerita sekarang. Isu bertentangan ; anak muda yang kurang daya tahan atau lemah daya saing.

Pernah dan kerap terfikir kenapa orang muda, rata rata umur bawah 25 tahun menjadi begitu lemah? Pengalaman saya sendiri, kebanyakan dari golongan ini kurang tahan jika diberi kerja lebih, diminta keluar kawasan ataumembuat kerja yang mereka belum pernah buat. Betul, bukan semua yang bersikap begini tetapi ramai yang aku jumpa bersikap lemah atau perkataan paling sesuai, ‘manja’ begini.

Rumah, cuma bertentangan jalan dengan pejabat, tidak perlu bersesak naik bas atau pengangkutan awam. Bila diminta balik lewat sejam, sudah merungut penat. Padahal, bos yang lebih veteran, boleh bekerja lebih masa, dengan berperang di jalan kerana menaiki kereta atau pengangkutan awam.

Waktu rehat kadang kadang buat aku betul betul hangat hati. Aku boleh bertahan rehat cuma setengah jam (polisi kebanyakan syarikat, rehat sejam sehari), makan, solat dan membaca akhbar. Adik adik ini pula, rehat sejam setengah. Masuk kerja pun, belum ada jaminan terus buat kerja. Masing masing mahu kemaskini blog, baca akhbar online dulu. Hati bertambah panas jika akak pula kena serang disebabkan adik-adik begini.

Hujung minggu tidak kurang ceritanya kerana aku ambil kursus jangka pendek, untuk membaiki kemahiran diri. Rata rata yang bertahan untuk kursus ini, warga emas. Aku tabik hormat ‘kakak-kakak’ ini. Masing masing masih bekerja tetapi masih punya semangat untuk menambah ilmu walau terpaksa korbankan waktu rehat hujung minggu. Rakan sekelas, yang lebih muda daripada aku, minggu kedua sudah tarik diri kerana letih, takut tak terkejar.  

Youth is not fit enough?


Many veterans nowadays are healthy and fit to work even their age is exceed the retired age (normal retired age at 55 or 56). In fact, my employer and senior management are at this age. Perhaps this is because of high living rate and easy access to medical supply and information. Sometimes, flu or joint problem is normal because of their age and season. But, this is not the things that I want to talk. It is because the youth, that I see, are weaker than the elder.

I wonder why they are not fit enough. My experience, most of the youth at the age lower than 25 are not easy to work hard, do overtime, have outstation or take challenge to do something more than the work they usually do. Yes, not all of them become like this but, many of them act like this that I can call, spoiled.

Home, only opposite side of the office, separated by main road. There’s no need to catch public transport or stuck on traffic jam but when asked to stay back for an hour, a disappointment face they show to the senior staff. Even the senior staff can work hours after office hour when needed.

Break time, the time that sometimes make me feel uneasy. I can break only half an hour praying, have a meal and reading news. Everything can be done. But for this spoiled youth take one and half an hour break. (it is a normal policy, the company allow staff break for an hour). They are coming to office after break, there’s no promise that they will do the work immediately. They can read online news, or updating blogs before everything. I feel more uneasy when the top management keep asking me just because their behavior.

The story is same at the weekend. I attend a short course to upgrade my skill. Most of my classmates are senior citizen. Even they already have stable career, they still willing to learn to upgrade the skill. I respect them, because they are willing to sacrifice their rest time for the class. But youth, at the second week they already quit. Their reason; tired to travel because that time they are supposed to rest.

Tuesday, March 20, 2012

Jangan…


Banyak larangan yang kita dengar sejak kecil. Betul tidak?

Jangan pegang cawan tu, nanti pecah…
Jangan pergi dapur, bahaya…

Waktu menginjak dewasa, juga sama. Ada saja ungkapan ‘jangan’. Terperasan, kanak –kanak zaman dahulu, sekali mendengar ungkapan ‘jangan…’ arahan itu menjadi sumpahan, ikut sahaja arahan itu. Berbanding sekarang, sekali terkeluar larangan seperti itu, pasti disoal ‘kenapa..?’

Bagi mentor, pendidik atau ketua yang mendapat anak buah yang suka menyoal, banyak banyakkanlah bersabar. Ada baik dan buruk ungkapan ‘jangan’ ini. Keinginan mereka untuk mengetahui sebab di sebalik larangan ini, kadang kadang ada baiknya.

Saya sendiri ada waktunya, susah mahu menerangkan sebab satu-satu larangan itu dikeluarkan tetapi,  pasti ada sebab untuk diterangkan. Anak buah sekarang, jika kita halang mereka untuk mengetahui sesuatu perkara, tidak mustahil mereka memilih untuk menyelidik. Paling haru, jika jalan menyelidik yang mereka pilih itu menambah masalah.

Contoh paling senang, bila kita ucap ‘jangan panjat tembok, bahaya’, itulah yang mereka lakukan kerana gerak hati ingin tahu apa bahaya yang dimaksudkan.

Secara peribadi, kadang kadang saya kurang setuju dengan larangan yang terlalu keras tanpa alasan yang munasabah. Sebab banyak kes bila anak anak kecil yang mengikut sahaja larangan tanpa bantahan agak kurang berdikari. Mereka langsung tidak diberitahu dengan jelas kenapa tidak boleh buat sesuatu perkara. Orang kategori ini, umumnya dilihat baik dan mendengar kata tetapi bila diminta berfikir sendiri, mereka lemah. 

Don’t…..


There’s a list of restriction for us since we’re small, am I right?
“Don’t do that, it’s dangerous..”
“ don’t hold that glass, it will broken..”

While we grow older, the same situation remains. The restriction is almost everywhere. Notice that, before, the children will follow the restriction without any objection. The children nowadays are very different. They will ask, why, before following it.

As mentor, educator, parents or leader, the objection from them make us uneasy because to explain the restriction to them is not that easy. But, we need to explain before they try to find the answer on their own way. Such as if we say don’t play nearby stair because of danger, they will find out what the danger it has.

In some case, I do not agree with the restriction without a specific reason or with an unclear reason. Because it will affect the way of thinking of the children. Children who are just follow the rules without any objection normally a bit slow to think. They are good in manner but critical thinking is not so fast due to behavior just follow the rules with no need to think the reason.

Monday, March 12, 2012

Curiga, cemburu atau…?


Tiap kali aku keluar, kadang kadang mendapat terjahan soalan maut yang bagi aku, agak mengganggu.
Soalan bertubi tubi seperti “keluar buat apa?’ “dengan siapa?” “kenapa dengan dia saja? tak ada orang lain ke?” “betul ke dengan dia saja?/ betul ke seorang saja?”

Aduh… tolonglah. Ketika kita keluar bersendirian disoal, bersama teman pun disoal. Terfikir di fikiran, ini bukan lagi ambil berat tapi sudah sudah tahap dicurigai. Kenapa mesti curiga? Atau awak cemburu? Atau ada alasan lain? Jika ada alasan lain, apakah alasan tersebut?

Rasa malas, tertekan juga dengan perangkap ini. Kadang kadang terfikir juga, kenapa begini? Apa yang buatkan soalan ini disoal? Jujur, aku akui lemas. Seakan terkongkong bila tiap tiap pergerakan mesti dilapor, tiap tiap pertemuan mesti diberitahu. Terfikir tidak, semua prang perlu masa untuk diri sendiri. Bukan semua apa yang kita buat, mesti dihebihkan kepada umum.



Ada waktu, datang jawapan gila yang aku balas, “sekarang aku bernafas, tak nak tanyakah kenapa aku bernafas?”

Bagi yang berkenaan, sungguhpun curiga, tolong fahami jangan terlalu curiga atau hubungan ini hilang. Jika cemburu, kawallah atau ikatan ini terlerai. Kebarangkalian kearah itu, ada. Bagi aku, tak guna aku cuba meyakinkan engkau bila aku dicurigai, tak guna aku bertahan bila cemburu terlampau membuatkan hati aku terbakar.

Tuesday, March 6, 2012

Taking risk to be beautiful?



Who doesn’t want to be beauty? I wish that everybody love to be beautiful but with different way. But if it is with risk just for it, how many of us willing for it? If you will, what type of risk that you will?
Actually most of the processes to become beauty give a bad impact to our body but the seriousness of impact varies.

Cosmetics such as facial cleanser as example, products that we use daily, if not suitable for skin may harm our skin but most of us still accept this as normal. It is not too dangerous when only skin has a slight rash. When it comes to a high risk such as death, are we still willing to take it?

Sometimes, it appear to the news, where a lady died because of cosmetic surgery make me wonder what makes some people did not see the impact? Yes, perhaps they are not going to a real expert but why they choose it? The aims to be beauty until forget about the risk.

My option, for my body is to be healthy, and being beauty naturally. Perhaps that others said that I am coward, bet it is best choice for me. 

SANGGUP AMBIL RISIKO DEMI CANTIK?


SANGGUP AMBIL RISIKO DEMI CANTIK?

Siapa yang tidak suka cantik? Rasanya semua orang sukakan kecantikan tetapi dalam cara yang berbeza. Tapi kalau ambil risiko semata mata untuk cantik, ramai ke yang sanggup? Bagi yang sanggup, risiko yang bagaimana kita sanggup?

Banyak sebenarnya proses dan produk kecantikan boleh memberi kesan buruk kepada kita cuma tahap keseriusan sahaja yang berbeza.

Produk kosmetik  contohnya, yang kerap kita gunakan jika tidak serasi dengan kulit boleh menimbulkan iritasi. Kes ini antara yang paling umum dan kebanyakan kita masih boleh menerima risiko ini. Tetapi bila sampai satu tahap yang membawa maut, adakah masih ada antara kita sanggup mengambil risiko itu?
Termasuk juga, fesyen pakaian yang kita pakai.

Sesekali terbaca berita bencana angkara mahu cantik seperti akibat suntikan dan pembedahan, buat saya terfikir apa yang membuatkan sesetengah daripada kita tidak melihat risiko itu? Terlalu mahu cantik sehingga terlupa sihat dan selamat lebih penting daripada menjadi cacat atau maut kerana ingin cantik.

Kadang kadang terfikir, apa yang membuatkan kita mengambil risiko yang berbahaya  untuk cantik? Semata mata kerana perhatian orang sekeliling, tidak berbaloi bagi saya kerana jika meragut kesihatan, badan kita yang menanggungnya, bukan orang lain.
antara racun yang terdapat dalam kebanyakan produk kosmetik.