Tuesday, March 6, 2012

SANGGUP AMBIL RISIKO DEMI CANTIK?


SANGGUP AMBIL RISIKO DEMI CANTIK?

Siapa yang tidak suka cantik? Rasanya semua orang sukakan kecantikan tetapi dalam cara yang berbeza. Tapi kalau ambil risiko semata mata untuk cantik, ramai ke yang sanggup? Bagi yang sanggup, risiko yang bagaimana kita sanggup?

Banyak sebenarnya proses dan produk kecantikan boleh memberi kesan buruk kepada kita cuma tahap keseriusan sahaja yang berbeza.

Produk kosmetik  contohnya, yang kerap kita gunakan jika tidak serasi dengan kulit boleh menimbulkan iritasi. Kes ini antara yang paling umum dan kebanyakan kita masih boleh menerima risiko ini. Tetapi bila sampai satu tahap yang membawa maut, adakah masih ada antara kita sanggup mengambil risiko itu?
Termasuk juga, fesyen pakaian yang kita pakai.

Sesekali terbaca berita bencana angkara mahu cantik seperti akibat suntikan dan pembedahan, buat saya terfikir apa yang membuatkan sesetengah daripada kita tidak melihat risiko itu? Terlalu mahu cantik sehingga terlupa sihat dan selamat lebih penting daripada menjadi cacat atau maut kerana ingin cantik.

Kadang kadang terfikir, apa yang membuatkan kita mengambil risiko yang berbahaya  untuk cantik? Semata mata kerana perhatian orang sekeliling, tidak berbaloi bagi saya kerana jika meragut kesihatan, badan kita yang menanggungnya, bukan orang lain.
antara racun yang terdapat dalam kebanyakan produk kosmetik.



No comments:

Post a Comment