Wednesday, April 24, 2024

Jom Shopping Perfume

 haii....dah lama tak jumpa. 


saja saya nak share, side income saya. Actually tak ada lah banyak masuk hasil. Tapi, lebih kepada berkongsi.

 Kebetulan, ayah saya menjual wangian, inspirasi wangian Timur dan Barat. Di bawah jenama Guzel Fragrance. Wangian ni, keluaran tempatan,  Jadi, insha Allah mampu milik.




Wangian ni, ada untuk lelaki dan wanita. saiz pun, ada 2 iaitu 10ml dan 30ml.

if nak info lanjut, boleh risik dengan saya di

 https://wa.me/p/5978206442227017/60126899281


Nak ke Facebook pun boleh 

https://www.facebook.com/Guzelfragrance/

Wednesday, May 26, 2021

Kelas Online. Kelebihan dan kekurangan

 Kelas online, atau kelas dalam talian mula popular tahun lepas (2020). 

Jika dulu, kita hanya akan belajar secara bersemuka. Dulu, kelas jarak jauh hanya banyak disertai oleh pelajar peringkat ijazah kedua atau separuh masa. Seingat saya, tuisyen jarak jauh dulu, ialah tuisyen gaya pos. (oleh Maktab Adabi) Selepas teknologi maklumat berkembang pesat, ramai anak-anak belajar melalui Youtube dan sumber internet. Sejak itu, keluar produk tuisyen online seperti Snapask dan Udemy.


Kelas online, sama seperti kelas latihan dan pembelajaran lain. Ada baik dan buruknya. Bergantung kepada pelajar, untuk kita uruskan kelebihan atau kekurangan tersebut.


Kelebihan kelas online.

1. Kelas boleh dibuat di mana-mana sahaja.

2. Kelas masih boleh berjalan walau guru dan murid berada di tempat berlainan. Saya pernah terlibat dengan 2 kumpulan pelajar, di mana saya berada di Malaysia tetapi mereka berada  di luar negara.

3. kelas online yang berbentuk digital, boleh diakses bila-bila masa, berulang kali.


Kekurangan kelas online pula

1. Sesetengah kursus, memerlukan pemantauan guru. Jadi, tidak semua kemahiran sesuai belajar menggunakan kaedah online. Contohnya seni lukis

2. Tak semua pelajar mempunyai akses internet dan produk digital

3. Disiplin. Ya, disiplin santa penting untuk kelas online dan kelas digital.

Thursday, May 13, 2021

Pdpr. Cabaran guru, ibubapa dan pelajar

 PDPR. Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah.

Kita berdepan dengan proses belajar di rumah. Dan, ramai juga terkesan dengan sistem baru ni. Melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, ada beberapa cara iaitu 1) guru ke rumah pelajar 2) offsite iaitu pelajar pergi ambil nota dan latihan di sekolah/pusat tuisyen/ rumah cikgu dan 3) kelas online. 

Bukan setakat sekolah, pusat tuisyen juga diarahkan buat benda yang sama. Bagi pelajar yang dah biasa dengan Home Tuition dan Online Tuition, mungkin tak ada masalah sangat. Tapi, yang baru, akan ada masalah. 

Sebelum PKP, saya dah buat home tuition dan online tuition. Kebanyakan bagi alasan susah kerana tiada tempat yang sesuai untuk belajar di rumah, capaian internet lembap dan gangguan belajar di rumah. Tak terkecuali, kos. 

Tak dapat elak, yuran home tuition biasanya lebih tinggi dari tuisyen beramai ramai di pusat tuisyen. Tuisyen online juga, walaupun mungkin tuisyen online beramai-ramai atau aplikasi ebook lebih murah, masih mahal untuk gadget dan talian internet.