Wednesday, May 26, 2021

Kelas Online. Kelebihan dan kekurangan

 Kelas online, atau kelas dalam talian mula popular tahun lepas (2020). 

Jika dulu, kita hanya akan belajar secara bersemuka. Dulu, kelas jarak jauh hanya banyak disertai oleh pelajar peringkat ijazah kedua atau separuh masa. Seingat saya, tuisyen jarak jauh dulu, ialah tuisyen gaya pos. (oleh Maktab Adabi) Selepas teknologi maklumat berkembang pesat, ramai anak-anak belajar melalui Youtube dan sumber internet. Sejak itu, keluar produk tuisyen online seperti Snapask dan Udemy.


Kelas online, sama seperti kelas latihan dan pembelajaran lain. Ada baik dan buruknya. Bergantung kepada pelajar, untuk kita uruskan kelebihan atau kekurangan tersebut.


Kelebihan kelas online.

1. Kelas boleh dibuat di mana-mana sahaja.

2. Kelas masih boleh berjalan walau guru dan murid berada di tempat berlainan. Saya pernah terlibat dengan 2 kumpulan pelajar, di mana saya berada di Malaysia tetapi mereka berada  di luar negara.

3. kelas online yang berbentuk digital, boleh diakses bila-bila masa, berulang kali.


Kekurangan kelas online pula

1. Sesetengah kursus, memerlukan pemantauan guru. Jadi, tidak semua kemahiran sesuai belajar menggunakan kaedah online. Contohnya seni lukis

2. Tak semua pelajar mempunyai akses internet dan produk digital

3. Disiplin. Ya, disiplin santa penting untuk kelas online dan kelas digital.

1 comment: