Thursday, May 13, 2021

Pdpr. Cabaran guru, ibubapa dan pelajar

 PDPR. Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah.

Kita berdepan dengan proses belajar di rumah. Dan, ramai juga terkesan dengan sistem baru ni. Melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, ada beberapa cara iaitu 1) guru ke rumah pelajar 2) offsite iaitu pelajar pergi ambil nota dan latihan di sekolah/pusat tuisyen/ rumah cikgu dan 3) kelas online. 

Bukan setakat sekolah, pusat tuisyen juga diarahkan buat benda yang sama. Bagi pelajar yang dah biasa dengan Home Tuition dan Online Tuition, mungkin tak ada masalah sangat. Tapi, yang baru, akan ada masalah. 

Sebelum PKP, saya dah buat home tuition dan online tuition. Kebanyakan bagi alasan susah kerana tiada tempat yang sesuai untuk belajar di rumah, capaian internet lembap dan gangguan belajar di rumah. Tak terkecuali, kos. 

Tak dapat elak, yuran home tuition biasanya lebih tinggi dari tuisyen beramai ramai di pusat tuisyen. Tuisyen online juga, walaupun mungkin tuisyen online beramai-ramai atau aplikasi ebook lebih murah, masih mahal untuk gadget dan talian internet.


No comments:

Post a Comment