Tuesday, June 11, 2013

Bekerja di rumah, senang ke?


Bekerja di rumah, senang ke?

Sejak minggu lepas, aku sibuk susun satu sudut rumah untuk SOHO (Small Office Home Office). Sebab aku nak susun ruang tu, untuk keperluan perniagaan aku dan suami. Suami aku,bekerja sendiri tapi masih perlukan ruang untuk simpan, siapkan dan merencana kerjanya. Untuk aku, keperluan ruang untuk itu juga ada.

Satu hal kadang kadang bermain dalam kepala, Small Office HomeOffice ni, tempatnya satu ruang di rumah. Maknanya, kerja di rumah. Bukan suri rumah tapi kerja di rumah. Senang ke kalau berpejabat di rumah? Bagi kebanyakan orang yang tidak pernah bawa balik kerja langsung ke rumah atau tidak pernah terdedah dengan hal ini akan cakap; alah senang la kerja di rumah. Tak payah keluar untuk bekerja. Tapi betul ke?

Bagi aku yang sudah lama dengan keadaan bawa balik kerja ke rumah, bekerja di rumah tak sesenang disangka. Betul, kita tak perlu keluar untuk ke pejabat kerana pejabat sudah ada di rumah atau paling tidak pun, sebelah pintu rumah. Tapi, masuk kerja tetap perlu sama seperti pejabat jauh dari rumah. Maknanya, makan pagi dan urusan rumah tangga perlu disiapkan sebelum waktu mula bekerja, sama seperti orang yang perlu keluar bekerja .

“ Eleh.. tak la susah pun…”

Anda pasti tak susah pun?  Walau kita boleh atur masa kerja sendiri atau sesetengah orang panggil flexible, sebenarnya kerja jika pejabat di luar perlukan masa kerja sebanyak 8 jam sehari, bekerja di rumah juga 8 jam sehari. Jika fleksibiliti yang anda bincangkan, tahukan anda masa yang dicuri kerana rehat lebih atau buat kerja lain perlu diganti? Jika kerja di tempat lain, anda tidak ada masalah untuk mengganti masa yang digunakan untuk kerja lain. Cukup masa sudah boleh balik.

Tapi aku tak tolak kelebihan small office home office. Bagi orang yang perlu menjaga orang sakit atau ada anak kecil, bekerja di rumah adalah penyelesaian yang baik. Kalau tidak, pening juga kepala.  Nak keluar rumah, terfikirkan orang yang perlukan perhatian.


Jangan susahkan benda yang senang

Jangan susahkan benda yang senang

Dalam banyak hal, aku tak ada masalah untuk ikut peraturan dan normal masyarakat. Cuma, dalam sesetengah hal aku kurang suka dalam cara kita bertindak. Banyak kes, yang bagi orang itu normal tapi sebenarnya menyusahkan.

Kenapa suka buat susah?
Ok, ramai yang belum jelas alasan aku buat entri ni.Aku orang yang suka bersukan, dan ya, aku bertudung dan baju aku longgar. So, ada masalah? 

Memang ada, bila ada orang suka buat susah. Aku pergi gym, ada yang tegur aku, “ adik, takkan nak main gym pakai baju macam ni?” Aku pergi jog, ada yang tanya “kak, kenapa baju longgar,?”

Oh no…

Wahai wanita,
Kalian bersukan untuk berpeluh dan sihat ke nak tunjuk badan? Jangan buat susah dengan benda benda remeh ni. Aku masih pakai baju sukan bila bersukan cuma tak melekat di badan. Ya, di kedai ada jual sports bra untuk pakai tapi itu untuk di dalam. Di luar, masih sport shirts dan sport shoes.

Tudung, ada masalah ke? Aku pakai ok je. Sekarang dah moden la, tudung khusus untuk  sukan kan ada. Anda tidak akan bersukan dengan heels, betul tak? Cara yang sama aku guna untuk tudung.

Takut terbang? Pinkan sajalah.
Tak cantik? Baby brooch yang cantik cantik kan banyak terjual…

Wahai lelaki,

Maaf kalau terkasar. Kalau berkongsi gym, tak payah lah nak complaint ustazah tak layak untuk bersenam. Kami juga layak untuk sihat seperti mana anda mahu sihat. Kami juga mahu badan kurus seperti anda tidak mahu buncit.  

Dan maaf kalau anda tidak selesa kami tidak menjamu anda dengan pendedahan yang menggiurkan kerana ia hak kami untuk menutupnya .

Bersukan untuk sihat hak semua orang, jadi maaf jika aku tidak bertelanjang untuk bersukan.


Saturday, June 1, 2013

Sambung belajar ketika sudah bekerja

Sambung belajar ketika sudah bekerja 

Ramai antara kita cuma terfikir untuk sambung belajar selepas SPM, STPM, siji atau matrikulasi. Sebaik mendapat diploma atau ijazah pertama, kita lupakan niat menyambung belajar. Sebaik mendapat kerja, memang dilupakan terus hal sambung belajar ini. Macam macam alasan diberi jika ada yang bertanya. Komitmen kerja, alasan paling kerap kita beri sebab munasabah. Tapi ada lagi satu alasan paling kerap saya dengar, MALU.

Ya, ketika ramai yang bergelar pelajar ketika usia muda, kita yang sudah bekerja mahu berpatah balik, terasa malu. Ketika mengendalikan kursus untuk pelajar dewasa, ya, inilah alasan yang saya terima. Jangan malu, terutamanya jika ada peluang belajar. Sepenuh masa, mungkin tidak. Tetapi jika ada kursus hujung minggu seperti kursus bahasa atau kemahiran lain, mungkin sesuai untuk kita.

 Perasaan malu itu normal tetapi fikirkan kesan baik apabila kita habis kursus itu nanti.Kebanyakan pekerja mendapat kenaikan gaji selepas mempelajari kemahiran baru. Ada yang mendapat pendapatan tambahan selepas tamat kursus hujung minggu.

 Sambung belajar tidak semestinya kita kejar sijil atau sarjana tetapi ilmu yang kita dapat dialam kelas berkenaan.

KLIK SINI