Monday, April 15, 2019

Software Review: Know Abacus

Dah lama tak buat software review.

Hari ni nak cerita berkenaan satu learning software: Know Abacus.

Apa tu abacus?
Abacus ni, sempua. Ada yang panggil Soroban. Guna dia, untuk membantu mengira.

Know Abacus pulak?
Know Abacus ni satu application, yang beroperasi dalam telefon kita.

Figure 1: Abacus


Figure 2: Main Menu


Dalam application (apps) ni, ada tutorial dan assessment. Agak tersusun dan menarik. Lihat Figure 1. Biji abacus dia berwarna warni. untuk anak-anak, ia agak menarik. Tak la membosankan. Lihat pula Figure 2. Assessment yang disusun mengikut topik. Pada akhir silibus, ada button Review , Random dan Mental. Tiga button ni berfungsi sebagai ulangkaji.


Bagi orang yang baru nak mula dengan abacus, tak salah bermain dengan apps ni. Bagi anak-anak main pun ok. Sambil mereka main games, sesekali boleh main matematik .


Cuma untuk saya, bila dah biasa dengan abacus sebenar, jadi slow main dengan abacus dalam gadget.

Main dengan anak buah, confirm diorang menang.


Kenapa saya galakkan apps ni?
1- Anak suka main gadget. Apps ni sesuai untuk mereka berbanding buku.
2- Know Abacus antara learning apps yang senang difahami.
3- Tutorial disediakan dalam apps. tak perlu belajar di luar.
4- latihan / assessment bertahap.