Tuesday, June 29, 2010

Disiplin diri

Disiplin diri merujuk kepada latihan yang seseorang beri untuk melaksanakan sesuatu tugasan atau mengikiut satu pola tindakan walaupun asalnya seseorang itubersikap berlainan. Disiplin diri juga menunjukkan semangat dan kesanggupan melakukan sesuatu, yang kerap juga difahami sebagai kawalan diri.  
Disiplin diri melibatkan tindakan mengikut apa yang kita fikir dan bagaimanana kita rasa pada ketika itu. Kerap ia melibatkan pengorbanan dan getaran rasa apa aka jadi dalam hidup kita.
Berikut adalah apa yang saya jumpa 5 ciri disiplin diri:

1. Pengetahuan

Disiplin bermakna melakukan sesuatu mengikut apa yang anda fikir terbaik,walau apa anda rasa pada masa itu. Syarat di sini adalah pengetahuan yang berkenaan .

2. Kesedaran

Disiplin bergantung kepada kesedaran mengenai sesuatu yang anda lakukan dan tidak lakukan. Fikirkan hal ini. Jika anda tidak sedar anda tidak berdisiplin, bagaimana anda mahu lakukan sebaliknya?

3. Komitmen


4. keteguhan hati


5. kawalan dalaman


 

Kepentingan kawalan diri
Disiplin amat diperlukan untuk memastikan segala peraturan yang dibuat itu dipenuhi. Bagaimanapun ia tidak akan berkesan jka langkah mendisiplinkan diri ini dipaksa oleh orang lain.
Sebenarnya kesedaran tentang disiplin ini dating dari dalam diri atau dikenali sebagai  disiplin kendiri(self-disciplined)
“Self-discipline means self control. It is getting yourself to do what you really want to do, rather than being tossed around by your feeling like a leaf  in the wind. You don’t lose control of yourself when you feel hurtor angry but decide how you are going to do. With self-discipline,you take charge of yourself.”
Dalam petikan di atas disiplin diri merupakan kawalan kendiri. Kawalan kendiri boleh diamalkan dalam bentuk luaran dan dalaman.
Kawalan dalaman:
§          Mengawal emosi
§          Membuat keputusan yang bijak tanpa mengikut perasaan
§          Tidak riak,sombong atau terhina semasa berada dengan rakan rakan.
Kawalan luaran
o         Tidak menyakiti orang lain
o         Tidak menggunakan kekerasan
o         Mengawal pergerakan daripada melakukan sesuatu yang sumbang
Setiap tindakan yang hendak dilakukan  memerlukan disiplin diri yang kental. Ia melibatkan kawalan diri yang mewujudkan tabiat yang berkesan ke arah peningkatan dan penyuburandiri serta bersifat proaktif dalam menjalankan tugas walaupun tanpa seseorang berada di situ untu memberi arahan.
Dalam erti kata lain seseorang perlulah
·          Menggunakan kebijaksanaan minda
·          Perseimbangkan dari aspek emosi dalam melaksanakan sesuatu
Ada yang menganggap bahwa disiplin  itu adalah satu tindakan yang dilakukn hasil daripada satu arahan dan peraturan yang dikenakan. Namun begitu, peraturan dan arahan adalah panduan sahaja. Ia berfungsi sebagai ingatan kea rah penyelarasan dan keseragaman tindakan yang akan dilakukan.
Menurut pakar psikologi, mereka yang berdisiplin tinggi juga sebenarnya mampu meningkatkan kemampuan menjadi kreatif. Jika kita mempunyai disipin yang tinggi,kita akan lebih bersikap terbuka dan sentiasa mencabar minda untuk berfikir dengan pantas. Malah,mereka yang berdisiplin tinggi juga akan menjadi seorang yang fokus kepada tugasan dan tanggungjawab.
Bagi mencapai tahap disiplin yang tinggi,satu perkara penting yang perlu ada pada pemikiran seseorang ialah kekuatan dalaman diri terutamanya untuk melawan segala macam dugaan yang datang.Berhadapan dengan dugaan,mereka yang berdisiplin tinggi selalu mengingatkan diri betapa mereka sudah berjanji dan membuat kimitmen kepada diri sendiri untuk berjaya. Dengan erti kata lain, kita perlu bertegas dengan diri kita dan jangan beri muka kepada perkara perkara remeh yang akan boleh menggagalkan kita.
Menjadi seorang yang berdisiplin juga tidak bermakna kita perlu mengkuti secara rigid jadual yang telah anda tetapkan. Malah,kita sebenarnya tidak memerlukan jadual apa yang perlu dilakukan untuk menjadi berdisiplin. Yang penting, kita mencapai apa yang perlu anda lakukan.
Ada yang bimbang,seseorang yang terlalu berdisiplin tidak mempunyai masa untuk berehat dan tidak menjadi diri yang sebenar.Sebenarnya yang berlaku adalah sebaliknya.Menjadi seorang yang berdisiplin akan menjadikan kita seorang yang boleh mengurus masa dengan bijak.



Sumber: Dr Ismail Zain, Utusan
Wikipedia =disiplin diri
Sumber internet

Tuesday, June 22, 2010

Perbezaan komunikasi tanpa suara lelaki dan wanita


Ø      Lelaki lebih mudah menyampaikan maksud ketika sedang bergerak seperti berjalan atau menggerakkan tangan.
Ø      Wanita lebih mudah menunjukkan emosi dengan senyuman atau air mata.
Ø      Lelaki lebih mudah memahami lakaran dan peta.
Ø      Wanita lebih mudah memahami  arahan berbentuk ayat yang panjang.
Ø      Hati wanita dengan air matanya bebandng lelaki, air matanya di hati.
Ø      Dalam pertemuan, lelaki cuma mengangguk jika bersetuju,wanita akan mengangguk menandakan mereka mendengar.
Ø      Bagi wanita, berbual adalah cara utama untuk mendekati seseorang dengan lebih rapat.
Ø      Bagi lelaki,tujuan dan perkongsian tugas yang sama adalah langkah utama untuk mengenali seseorang.
Ø      Lelaki melihat komunikasi lebih kepada cara melengkapkan objektif.
Ø      Lelaki cenderung bercakap di hadapan awam berbanding wanita, tetapi wanita cenderung bercakap banyak di rumah.
Ø      Wanita cenderung memandang tepat ke arah lawan bicara bila berbual, lelaki cenderung memandang ke arah titik lain selain mata.
Ø      Lelaki cenderung lompat dari satu isu ke satu isu,tetapi wanita suka bercakap mengenai sasuatu dengan tempoh yang lama
Ø      Semasa mendengar,wanita suka memberi bunyi sepert “mm-hmm” atau “uh-huh”,lelaki pula cenderung senyap.
Ø      Lelaki suka erdebat berbanding wanita, suka memberi sokongan.
Ø      Wanita lebih suka berbuat dengan lebih mesra dan rapat berbanding lelaki.
Ø      Wanita bebual mencari sokongan  manakala lelaki berbual mencari persamaan kerja dan minat 

Bahasa tubuh.

Tersenyum, memegang tangan dan merenung tajam antara bahasa tubuh yang selalu kita buat semasa berbual. Menjadi satu keperluan untuk kita berinteraksi, dan menjadi satu kelebihan andai kta dapat menguasai bahasa tubuh dengan baik.

Kajian mendapati 70-80 % isyarat dihantar melalui pergerakan badan kita semasa berbual berbanding hanya 7-10 % sahaja melalui percakapan. Ini menunjukkan betapa pentingnya kita memahami bahasa tubuh.

Penulis buku The Pinciples of Psychology, William James berpendapat bahawa bahasa tubuh sangat penting. Menurutnya, ada 4 jenis bahasa tubuh yang secara umum menerangkan fikiran dan perasaan seseorang.

  1. Bahasa tubuh terbuka
Keadaan yang selesa dalam perbualan dan tenang

  1. Bahasa tubuh tertutup
Sikap yang terarah ke belakang.Bukan membeakangi lawan bicara tetapi menoleh ke arah lain. Sikap ini menunjukkan seperti rasa bosan dan dingin.

  1. Bahasa tubuh expansif
Biasanya boleh kelihatan  dalam posisi berdiri tegak dan dagu mendongak.Sikap ini mencerminkan rasa bangga dan percaya dirinya cukup tinggi.

  1. Bahasa tubuh tegang
Riak muka yang berkerut,mata tidak bertentang dengan lawan bicara.Sikap ini menunjukkan rasa kecewa,sedih dan geram.


Memahami bahasa tubuh

Prestasi penyampaian kita tidak hanya dipengaruhi oleh pertuturan atau pakaian anda.Tanpa sedar,bahasa tubuh membongkar rasa hati anda tanpa anda ucapkannya. Tips di bawah mungkin membantu anda.

1.Posisi ketika berbual
 Posisi anda dan lawan ketika berbual sama ada duduk atau berdiri. Biasanya perbualan berdua kedudukannya adalah bertentangan, berbanding bercakap dalam kumpulan, yang berbicara akan menghadap pendengar.

2.Bertenang
Bertenang saat berbicara,Jangan terlalu mendatar atau terlalu bersemangat. Semasa bercakap,elakkan menyeluk tangan ke dalam poket seluar atau menyembunyikan tangan di belakang, kerana ini menunukkan anda takut. Sebagai pendengar pula, kurangkan pergerakan seperti mengetuk meja atau mengintai ke arah lain dengan kerap, kerana ini menunjukkan anda gelisah dan tidak selesa.

3.pakaian yang sesuai
Pakaian di atas tubuh kita melambangkan bagaimana kita bergaul. Pakaian ke kamar tidur tidak harus sama dengan pakaian ke majlis rasmi atau separuh rasmi. Berpakaian biarlah sesuai dengan budaya dan keadaaan tempat yang anda ingin pergi. Pakaian yang terlalu tebal di bawah panas matahari boleh menghilangkan fokus anda kepada topik utama perbualan anda.

4.Jarak dengan lawan bicara
Ada sesetenah orang agak sensitif dengan jarak semasa berbual,membezakan orang yang rapat atauarang yang baru dikenali secara peribadi. Dalam sesi temuduga juga, terdapat penemuduga meletakkan jarak tertentu untuk menemubual calon. Hal berkaitan temuduga tidak kita bincangkan di sini.


Bahasa tubuh
makna
Berjalan cepat
Yakin diri
Berdiri dengan tangan di peha
Bersedia
Duduk dengan kaki bersilang
Bosan
Duduk,kaki terbuka
Tenang
Memeluk tubuh
Defensif
Berjalan dengan tangan di poket,bahu bongkok
Muram,sugul
Tangan di dagu
berfikir
Menyentuh hidung
Ragu-ragu, berbohng
Menggosok mata
Ragu ragu
Tangan bersilang di belakang
Marah,khuatir,bimbang
Menggosok tangan
Menyertai
Duduk,tangan di belakang kepala
Yakin diri,unggul
Tapak tangan terbuka
Ikhlas
Mata tertutup,memicit hidung
Penilaian negatif
Mengetuk jari
Tidak sabar
Menyentuh rambut
Tidak yakin
Mengangguk kepala
Berminat
Melihat ke bawah,muka berpaling
Tidak percaya
Menggigit kuku
Tidak selamat,gelisah
Menyentuh telinga
Tidak tahu membuat keputusan


Bahasa tubuh dengan pasangan

a) ketika berbicara

Mata tidak dapat lari dari membawa makna tertentu ketika berbual. Mata yangfokus membuktikan anda serius terhadap sesuatu. Gerakan mata yang tidak konsisten menunjukkan penutur sedang berbohong atau tidak yakin dengan butir bicaranya.

Jarak dengan lawan bicara juga penting. Sesetengah orang agak sensitif dengan jarak. Orang jenis ini tidak akan berdiri dan berbual dengan jarak dekat dengan lawan bicara yang kurang dikenalinya.

b) ketika bertengkar
Dalam keadaan ini emosi mungkin tinggi,namun hakikatnya pasangan anda tidak mahkan perbalahan. Berlainan jika pasangan anda menggertak sambil menuding jari ke arah anda, ia maksudkannya.Apabila pasangan anda pergi begitu sahaja, bererti dia sudah tidak mempedulikan anda lagi apa yang anda ingin katakan.

c) ketika berjalan bersama
Pasangan yang baik akan berjalan beriringan dan seirama. Anda perlu berasa bimbang apabila pasangan anda terkehadapan,ini mungkin petanda kekuasaan atau hilangnya komunikasi. 

Wednesday, June 9, 2010

Estim diri

Rasa hormat induvidu bermula dengan menghormati diri sendiri. Hormat diri dikaitkan dengan rasa yakin dan estim diri yang tingi atau rendah.Orang yang mempunyai daya keyakinan dan estim diri yang tinggi mudah membawa diri dan berani membuat keputusan walaupun mereka sedar apa yang mereka lakukan itu belum tentu betul.

Estim diri adalah satu istilah yang menerangkan keyakinan diri seseorang. Estim diri meliputi kepercayaan dan emosi diri kita. Estim diri terlihat dari segi perwatakan kita seperti rasa malu,asertif,keyakinan dan waspada

Mengikut Maslow, tanpa pengisian estim diri,seseorang akan terdorong untuk mencarinya dan tidak dapat berkembang dan mendapat aktualisasi diri.
Teori moden untuk estim diri meneroka sebab manusia bersemangat untuk mengekalkan harga diri yang tinggi

Ciri ciri estim diri tinggi

v      Hormat dan hargai diri sendiri
v      Menerima diri seadanya,kelebihan dan kelemahan.
v      Berupaya menentukan kemahuan
v      Dapat menerima kenyataan,mungkin orang lain lebih berjaya.
v      Mampu bertindak kendali diri(kendiri) tanpa terlalu banyak bergantung kepada orang lain
v      Mampu menghadapi cabaran
v      Bertanggungjawab atas sebarang tugas yang diberikan
v      Mampu mengawal rasa
v      Mampu berkonsi dan mempengaruhi orang lain.


Ciri ciri orang yang mempunyai estim diri rendah
merendah rendahkan kebolehan diri
menganggap orang lain tidak menghargaiusahanya.
rasa tidak bertenaga
mudah dipengaruhi orang lain
luahan emosi terhad
cuba jauhkan diri dari suasana yang buatkan rasa bimbang dan cabaran
mudah kecewa dan bersifat defensive
menyalahkan orang lain atas kesilapan diri


Cara menaikkan estim diri

1.mesti yakin kita berkuasa
2.jangan biarkan orang lain mengawal atau menentukan hala tuju anda.
3.kenalpasti matlamat hidup dan keupayaan kita.
4.kukuhkan kelebihan diri
5.gandakan usaha baiki diri kita.
6.jalin hubungan dengan orang ramai.


Sumber: Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,Daya pengaruh dan perubahan sikap,siri komunikasi Utusan
Dr Ismail Zain

Estim diri

Rasa hormat induvidu bermula dengan menghormati diri sendiri. Hormat diri dikaitkan dengan rasa yakin dan estim diri yang tingi atau rendah.Orang yang mempunyai daya keyakinan dan estim diri yang tinggi mudah membawa diri dan berani membuat keputusan walaupun mereka sedar apa yang mereka lakukan itu belum tentu betul.

Estim diri adalah satu istilah yang menerangkan keyakinan diri seseorang. Estim diri meliputi kepercayaan dan emosi diri kita. Estim diri terlihat dari segi perwatakan kita seperti rasa malu,asertif,keyakinan dan waspada

Mengikut Maslow, tanpa pengisian estim diri,seseorang akan terdorong untuk mencarinya dan tidak dapat berkembang dan mendapat aktualisasi diri.
Teori moden untuk estim diri meneroka sebab manusia bersemangat untuk mengekalkan harga diri yang tinggi

Ciri ciri estim diri tinggi

v      Hormat dan hargai diri sendiri
v      Menerima diri seadanya,kelebihan dan kelemahan.
v      Berupaya menentukan kemahuan
v      Dapat menerima kenyataan,mungkin orang lain lebih berjaya.
v      Mampu bertindak kendali diri(kendiri) tanpa terlalu banyak bergantung kepada orang lain
v      Mampu menghadapi cabaran
v      Bertanggungjawab atas sebarang tugas yang diberikan
v      Mampu mengawal rasa
v      Mampu berkonsi dan mempengaruhi orang lain.


Ciri ciri orang yang mempunyai estim diri rendah
merendah rendahkan kebolehan diri
menganggap orang lain tidak menghargaiusahanya.
rasa tidak bertenaga
mudah dipengaruhi orang lain
luahan emosi terhad
cuba jauhkan diri dari suasana yang buatkan rasa bimbang dan cabaran
mudah kecewa dan bersifat defensive
menyalahkan orang lain atas kesilapan diri


Cara menaikkan estim diri

1.mesti yakin kita berkuasa
2.jangan biarkan orang lain mengawal atau menentukan hala tuju anda.
3.kenalpasti matlamat hidup dan keupayaan kita.
4.kukuhkan kelebihan diri
5.gandakan usaha baiki diri kita.
6.jalin hubungan dengan orang ramai.


Sumber: Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,Daya pengaruh dan perubahan sikap,siri komunikasi Utusan
Dr Ismail Zain

Saturday, June 5, 2010

motivasi

Istilah motivasi datang dari perkataan latin movere yang bermakna bergerak. Dengan itu motivasi bermakna mendorong,menggerakkan tingkah laku. Ada juga yang menyatakan perkataan motivasi atau motivation datang dari motive for an action (motif untuk bertindak).
Bercakap mengenai motivasi,pakar psikologi mengkaji dari 3 sudut berbeza.
1.pakar psikologi ingin tahu sejauh mana seseorang itu sanggup melakukan sesuatu.Aspek ini dipanggil intensiti @ keamatan.

2.Apakah yang menjadi matlamat seseorang itu melakukan apa yang dilakukannya.
3.selama manakah seseorang itu akan terus melakukan kerjanya.
Semua teori motivasi mempunyai objektif yang sama,iaitu menerangkan kenapa manusia bertindak.
Asasnya,tiap tiap teori mendakwa ganjaran amat berperngaruh dalam tingkahlaku manusia.Teori motivasi cuba mengenalpasti ganjaran yang mendorong kita bertindak. Terdapat 2 jenis ganjaran yang dibincang iaitu :
ganjaran primer
ganjaran asas seperti tempat tinggal,makanan
ganjaran sekunder
ganjaran tambahan seperti kasih sayang,pujian.


Bagaimana motivasi hilang?
Sebab paling kerap yang menyebabakan kita hlang motivasi diri contohnya;
  • Perubahan yang mendadak
  • Pengalaman buruk seperti dibuli
 Faktor  spesifik yang mungkin:
  • Ketinggalan dalam kerja atau pelajaran getting behind on a program of study
  • Berasa ketinggalan
  • Pelajaran atau kerja yang dirasakan sudah tidak sesuai dengan sasaran jangka pendek atau panjang
  • Pengetahuan,kepercayaan atau minat tidak berkaian dengan kerja yang dibuat sekarang




Meningkatkan motivasi diri
1.Berikan diri anda masa
a) manfaatkan masa rehat/cuti
bila tiba masa rehat, rehatlah.tutup @tinggal sebentar kerja yang ada. Ketika bercuti pula,jangan bawa kerja dalam tempoh percutian anda.

b)masa tidur yang cukup
Apabila anda tahu anda perlu bangun awal pada keesokannya,maka tidurlah awal.

c) masa untuk ketawa

d) masa untuk meditasi atau solat
singkat,tapi perlu.Ia merehatkan minda dan mendekatkan kita dengan Yang Mencipta. Lakkannya dengan bersungguh sungguh kerana kesannya amat besar dalam hidup kita.

e) masa bersama kelarga

2.Rancang jadual kerja
Letakkan keutamaan pada kerja yang ada,tarikh mula dan tarikh akhir.Gnakan senarai semak (checklist) atau kaedah lain seperti carta dsb.

3.Mahirkan diri anda
Motivasi meningkat bila kita mendapat kemahiran dan maklumat baru yang berkenaan.

4.nutrisi  dan diet
Makan ikut keperluan anda.Jangan maka ikut nafsu anda atau tidak makan langsung.

5.Jangan terlalu mahukan kesempurnaan.
Kesempurnaan itu memenatkan.90% sasaran anda tercapai sebenarnya sudah memadai. Sebelum meletakkan satu satu sasaran, fikir dahulu sama ada anda mampu capai atau tidak sasaran itu.

6.usah fokus kepada sesuatu yang tidak dapat diubah.

Sumber: Dr Tengku Asmadi Tengu Mohamad,Rapi,sept 2007
             Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,Bakat dan Kemahiran Memimpin,PTS Publication and distributor,2002