Wednesday, November 14, 2012

Kemahiran; perlu atau tidak ketika mencari kerja dan bekerja?


Kemahiran…. Skill….  Sesetengah orang pandang remeh hal ini. Ada juga rakan rakan saya dulu menganggap hal ini untuk orang yang tidak begitu baik akademiknya. Tapi, ia bukan hal remeh. Kemahiran menjadi punca graduan menganggur dan mendapat kerja.

Bermula dengan temuduga, majikan sudah mencari dan melihat kemahiran yang ada pada calon pekerjanya. Gred peperiksaan mungkin membantu tetapi, itu yang boleh dilihat di atas kertas. Kemahiran yang cuma boleh dilihat pada tuan punya badan memjadi tumpuan. Kemahiran asas seperti perbualan dan penyelesaian masalah menjadi tumpuan utama. Tidak pelik, jika sesetengah majikan mensyaratkan satu ujian untuk menilai kemahiran yang ada pada bakal pekerja  yang akan digunakan semasa bekerja nanti.

Bagi graduan yang masih mengganggur, tidak salah jika ambil peluang ketika masih tidak bekerja ini untuk mengambil kelas kemahiran dan tajamkan skill yang ada. Bagi saya, kita sudah tahu kenapa kita susah mendapat kerja. Mungkin dari kritikan bakal majikan yang pernah temuduga kita. Jangan ambil hati dengan kritikan itu tetapi perbaiki diri.

Jika kita dikritik kerana bahasa yang tidak begitu baik, mungkin kita boleh cari kelas bahasa yang bersesuaian dengan kita. Begitu juga dengan kemahirang yang lain.