Saturday, July 30, 2016

Susu punca gemuk?

Sebut pasal susu, ada yang suka, ada yang tidak suka.

Ada sekali bila saya bercerita pasal susu , seorang kawan balas
"Saya sedang diet sekarang.."

Saya cuma balas,
" Susu tak akan rosakkan diet awak. Ikut atas jenis susu yang awak ambil"

Sekali lagi saya dipintas "Susu bukan menggemukkan ke? "

Dah mula saya mahu gelak.
Secara umum, susu tak menggemukkan. Bergantung kepada berapa banyak yang kita ambil dan jenis susu yang kita ambil. Macam yang kita tahu, susu mempunyai protein,kalsium dan vitamin yang badan kita perlukan.

Ambil lah susu setakat yang perlu. Keperluan badan kita tak sama, ikut pada umur, ketinggian, dan aktiviti setiap hari.
Tak suka susu asli, campurkan saja dalam minuman yang kita suka. Tidak pun, ambil susu yang berperisa.


Nak cari susu kambing sedap? Klik SINI


Sunday, July 3, 2016

Pertandingan di hari raya yang annoying

2 minggu terakhir nak raya, ramai yang kelam kabut.  Ye lah, pakat tengokm checklist, takut ada tertinggal; tiket balik, condition kereta untuk balik, baju raya, cuti (approved ke tidak) dll.

Aku yang tak berapa ada checklist ni pun join je kemeriahan kelam kabut tu. Masalah terbesar aku, barang basah je. Macam ayam, udang. Sebab, nak beli awal, takut busuk. nak beli lewat sikit, kena budjet masa, takut habis.

Hari raya, hari yang mulia. Tapi, aku terperasan ada yang berubah dalam 5 - 6 tahun ni. Ada yang buat pertandingan tak rasmi. Bagi aku, kenapa nak bertanding? Hari Raya kot, patut bermaafan, berhimpun dan bertanya khabar, bukan bertanding, betul tak?

Antara pertandingan yang buat aku rasa annoying aku list kat sini

1- Pertandingan baju raya - siapa paling mahal, paling trendy, paling glamor, paling banyak. 
    Ya, aku tak faham kenapa nak berlawan? Harga, belilah yang mampu. Trend, tiap tiap bulan berubah, beli sekarang, sure ke akan pakai lepas raya nanti? Banyak, sama macam trend, sure akan pakai semuanya lepas raya? 

2- Pertandingan Open House -  yang ni memang, buat kadang kadang aku rasa macam taknak pergi. Annoying sangat sangat bila dengan tetamu datang, kritik tuan rumah " orang sana buat 30 lauk, tuan rumah ni buat 7 je..." Serius, tak best. Itu dari tetamu. Yang nak buat open house pun, ada yang nak bertanding jugak.... " tahun lepas rumah XXX buat nasi ayam. nak buat lagi best lah dari dia"  Wow, kita buat open house, sebab nak berkumpul ramai ramai. dah nak bertaruh pulak, best ke tak, berapa lauk ada?

3- Pertandingan peribadi -  Siapa kerja gaji tinggi, kerja glamor (apa kelas kan, kerja di kilang, biarlah head engineer pun...). Banyak jenis pertandingan peribadi ni. bagi yg dah kawin & ada anak, anak-anak pun boleh jadi mangsa pertandingan.  



Ya, tak semua orang masuk pertandingan ni, Tapi, yang masuk, yang anjurkan pun ramai juga kan?