Monday, May 17, 2010

Pengurusan lawan kepimpinan


Berbeza ke?

Sesetengah orang tertukar dalam menggunakan istilah pengurusan dan kepimpinan,tanpa mengambilkira perbezaan antara 2 jawatan; ketua dan pengurus.

Apabila pengurus menjalanan tugas ketua,tidak semesinya beliau adalah ketua sebenarnya. Sesetengah ketua pula tidak terlibat langsung dalam urusan pengurusan tetapi terlibat dalam urusan mencetus dan menyelia motivasi dan matlamat kumpulan.
Perbezaan mugkin kecil tidak terlihat,jika kita berhenti sejenak untuk melihat apa yang hendak diurus dan diketuai,kita akan boleh buat yang terbaik untuk kedua dua hal ini.

Mengurus:
Webster’s mendefinesikan pengurusan sebagai ”tindakan mengawal,mengarah dan memantau.” Secara realistik, pengurusan adalah berkenaan dengan mengawal dan mengatur sumber.
Modal insan iaitu orang,ialah bidang sebenar pemimpin.Ketua bagus dalam menguruskan manusia di bawah naungannya. Pengurus akan pastikan semua sumber termasuk modal insan ini menyelesaikan tugas masing masing. Dalam pengurusan dan kepimpinan,pengurus lebih kepada memastikan semua kerja siap berbanding melihat seluruh kumpulan sebagai satu.
Menjadi ketua.
Itu pasti, tidak pelik seorang pengurus menjadi ketua.Perbezaan antara ketua dan pengurus tidak ketara, cuma perlu berhati hati untuk memenuhi tuntutan sebagai ketua.Pengurus boleh menjadi ketua yang berkesan dengan mengambil orientasi-manusia dalam radar:
  • Semangat  juang: Sedar berkenaan semangat juan ahli kumpulan. Bekerja dalam semangat juang yang baik akan menggerakkan anda untuk menjadi ketua.
  • Penguasaan :melabur dalam kelengkapan untuk kumpulan anda menjalanka tugas bukan sekadar baik dalam pengurusan projek; ia menunjukkan hormat dan timbangrasa dalam kumpulan.
  • Menjadual: Sebagai pengurus,anda bertanggungjawab ke atas masa, tetapi kesedaran bagaimana kesan ke atas unsur manusia adalah ciri seorang ketua. Pengurus mudah melihat tanda aras dan tarikh akhir; ketua pula risaukan bagaimana saat akhir memberi kesan kepada ahli kumpulan.
  • Pembentukan kumpulan: Bekerja dalam kumpulan dengan orang yang tidak hanya bekerja berkesan dalam tugas sendiri,tetapi bersama-sama. Dengan fokus kepada kekuatan setiap orang, dan mengurangkan kelemahan mereka,seorang ketua akan dapat buat lebih kepada kumpulannya.
  • Kemampuan: Kepada kumpulan yang berkesan, setiap ahli perlu merasa jika mereka ada sesuatu yang memenuhi minat mereka.Dengan menyediakan sesuatu yang sesuai antara keperluan kumpulan dengan kemahiran individu, semua ahli akan menaikkan keupayaan mereka. Tambahan,menunjukkan mereka bagaimana kemahiran mereka terlibat dalam kejayaan kumpulan boleh menaikkan rasa bangga dan dihargai.
Bagaimana mahu berubah dari seorang ketua kepada pemimpin?
Kadang kadang kita diberi tanggungjawab kepimpinan dan kita tidak pernah benar benar menerimanya.itu normal,kerana kerap kita berjaga jaga dengan apa yang kita perlu buat dan terus berusaha untuk baikinya,menjadi ketua tidaklah begitu susah. Ingat perbezaan antara ketua dan pengurus, dan lihat kaedah kaedah berikut:
  • Taksir peranan anda: Jika anda sedar dan tahu aa yang anda mahu dan cuba capai, lebih kita usahakan untuk mendekati sasaran itu.
  • Pertimbangkan suasana: Dalan masa yang sama,ini membantu anda berjaga jaga dengan sekitaran yang melibatkan anda dan kerja.
  • Nilai kelebihan dan kekurangan anda: jujurlah dengan diri sendiri dalam menyenaraikan kekurangan dan kelebihan diri.Seimbangkan baik buruk diri kita dalam melasanaan tugasan.
  • Bina pelan jangka panjang: Sasaran jangka pendek yang berterusan dapat menyenangkan proses kejayaan. Tetapi tahu matlamat jangka panjang dalam semua matlamat jangka pendek itu akan dapat memberi laluan dan gambaran sebenar apa yang benar benar anda inginkan. Tanpa pelan lengkap,kita akan jadi kelam kabut dan ‘tersesat’.
  • Guna pelan ada untuk bertindak: Kita memutuskan sesuatu atas kebiasaan,gerak hati dan praktis. Kaedah ini berjaya jika kita kaitkan dengan cara kita selesaikan masalah sekarang.dengan kesedaran apa yang kita mahu jadi, dan apa kelebihan dan kekuranan kita,kita boleh pilih apa tindakan yan patut dibuat.Kuncinya adalah lihat keseluruhan apabila kita dilanda masalah.




No comments:

Post a Comment