Saturday, September 29, 2012

Penting ke bekerja di syarikat yang besar?

Tiap kali berjumpa dengan kawan kawan atau saudara mara, antara soalan yang popular, "kerja di mana?"
Bila di beri jawapan, kadang kadang bersambung pula soalan, "syarikat besar ke?" kalau nama syarikat yang biasa biasa saja, ada tambahan "... tak pernah dengar pun?"

Penting ke syarikat besar ke kecil? Kalau jawatan dan gaji yang diberi adalah sama banyak, yang mana anda akan pilih?Jujur, aku cakap. Pandangan aku sendiri: gaji dan jawatan yang sama, cuma saiz syarikat saja yang berbeza, syarikat yang kecil boleh beri pengalaman yang lebih.



"Eh... takkan kut, mana boleh macam tu.."

Mesti ada yang komen macam ni.

Pengalaman aku sendiri. Di syarikat kecil, kalau software developer bukan setakat buat software programming tetapi juga software testing. Di syarikat besar, software programmer dan software tester dalam jabatan yang berbeza.

Kerja aku sekarang, lebih kurang macam tu saja. Bekerja di syarikat kecil; sebagai pegawai pengurus web. Web designer, aku. Web developer, aku. Tester, aku juga. Habis kuat pun, tester, bos aku. Itu pun interface test. Beza dengan di tempat aku kerja sebelum ni, kalau tester, buat kerja tester saja. Kerja developer, biar developer saja yang buat.

Kelebihan di syarikat kecil, itulah. Aku boleh nampak kerja tiap tiap jabatan (sebab aku kena buat semua). Kalau ditakdirkan aku dapat tawaran kerja di tempat lain, kerisauan aku berkenaan skop kerja tak tinggi. Sekurang kurangnya pengalaman kerja aku merangkumi hampir semua yang berkaitan. Kalau syarikat sekarang menjadi besar pun, jika aku kekal di sini, tak ada masalah untuk aku ada di mana mana jawatan yang berkaitan.

Aku tak tolak, kerja di syarikat besar, ada juga kelebihan. Dari segi pengkhususan kerja dan kemahiran, ya betul. Tapi kalau kerja tak lama, hasil macam tu juga, sayang.  Bab kemahiran, bukan sekejap untuk menjadi pekerja mahir (skillful staff). Pekerja tak mahir atau separuh mahir, aku percaya, ramai.




No comments:

Post a Comment