Monday, February 9, 2015

perlu ke makanan tambahan?

Makanan tambahan sudah jadi sebahagian dari hidup kita sekarang.

Ada yang keliru antara makanan tambahan, ubat dan makanan sebenar.
Makanan sebenar adalah makanan yang kita ambil sehari hari. Ia satu kemestian dan tak boleh diganti atau dielak.
Makanan tambahan (suplemen) pula pelengkap kepada makanan sebenar. Beza pula dengan ubat.



Kenapa kita perlu ambil makanan tambahan?


  •   Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yg menjejaskan kesihatan badan.
  • Badan kita memerlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya, nutrien hanya boleh didapati daripada pemakanan. Vitamin dari pemakanan kadang kadang tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti penuaan.
  •  Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia yg lain. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  •   Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.
  •   Mengamalkan gaya hidup yg tidak sihat seperti kurang bersenam atau kurang bersukan, merokok, tidur lambat, stress, sibuk dan sebagainya menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.
  •  Rutin pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia yg tidak hiraukan diet yg seimbang.
  •  Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan, kolesterol dan lemak telah mengurangkan simpanan mineral dan mengganggu penyerapan mineral.
  •  Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera dan sebagainya.
  •  Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah.
  •  Persekitaran yg tercemar dan imunisasi yg lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan diri mudah dihinggapi penyakit.
 As for me, makanan tambahan dalam bentuk kapsul/pil memang susah nak disiplinkan diri. Sebabnya, bentuk macam ubat. Dari minda kita, kita bukan sakit tapi ambil makanan dalam bentuk macam ubat. Susah la sikit nak konsisten.


Bila jumpa Susu Kambing Mummylicious ni, dia banyak dalam satu, Susu dan ada campuran makanan berkhasiat lain. Makanan tambahan dalam bentuk minuman ni, lain sikit. Sebab berbentuk real food. Jadi, tak ada la rasa malas atau tak berdisiplin.


Klik SINI untuk maklumat Susu Kambing Mummylicious

No comments:

Post a Comment