Wednesday, April 4, 2012

Mana satu pilihan hati?


Mana satu pilihan hati?

Ketika mencari kerja yang lebih baik, memang kebiasaan majikan bertanyakan kelebihan dan kelulusan kita. Disamping soalan soalan wajib, ada soalan sampingan yang memberi kesan dalam hidup kita.

Soalan sampingan yang kerap saya terima, dalam bentu senario. Paling kerap seperti berikut:

“ Jika diminta kerja lebih masa atau diarah ke luar daerah, apa yang anda akan minta?”

Ketika berkongsi pendapat dengan teman teman lain, banyak jawapan untuk soalan subjektif ini. Ramai yang memberi komen, jika kerja lebih masa, mereka mahukan talian internet walau gaji lebih masa tidak sebanyak mana. Tidak kurang juga yang mahu elaun perjalanan dinaikkan sedikit jika kerja lebih masa. Teman yang meminta elaun perjalanan tambahan ini, menggunakan pengangkutan awam. Teksi selalunya meletakkan tambang mahal sedikit pada waktu malam.

Bagi kes kerja luar daerah, ada yang sedari awal lagi menolak. Ramai juga yang sanggup bersyarat. Syarat yang diberi untuk bakal majikan juga pelbagai. Jika dulu, majikan tetapkan seperti elaun perjalanan, insuran perjalanan dan tempat tinggal. Tetapi sekarang, umpan sebegitu kadangkala tidak ditelan oleh bakal pekerja.

Ketika mendengar jawapan rakan sekerja buat aku terfikir sekejap. Yang mana satu pilihan hati. Gajet terkini dengan talian internet, imbuhan elaun dengan insuran atau mungkin, percutian untuk menggantikan penat bekerja? 

No comments:

Post a Comment