Saturday, July 7, 2012

Pulang awal atau pulang lewat?


Pulang awal atau pulang lewat?

Di sebuah syarikat yang organisasinya melihat pencapaian kerja, menjadi kebiasaan stafnya beransur pulang lewat. Kadangkala, staf yang beransur pulang awal lebih senang dikenal pasti berbanding staf yang beransur pulang lewat. Soalan siapa yang lebih bagus sebenarnya susah dijawab jika hanya melihat waktu staf keluar.
Sebenarnya, pulang awal jika kerja sudah selesai lebih baik daripada terus menunggu. Ya, memang kadang kadang kita rasa tidak selesa bila kita mahu balik awal ketika staff lain balik kerja lewat. Tetapi, lihat pula kepada kerja kita. Balik kerja awal, untuk berehat dan sambung pula esok hari dapat mengekalkan motivasi dan kurang stress bekerja.

Menunggu untuk sama sama balik dengan staff lain (sama sama balik lewat) ketika kerja kita sudah selesai tidak membantu dari segi kecekapan kerja, melainkan jika kita memang ada kerja yang perlu disiapkan. Ukuran kecekapan dan keberkesanan kerja diukur berdasarkan kerja yang sudah siap; adakah ia mengikut waktu dan adakah ia menepati piawaian yang ditetapkan.

  “Ala, seganla…”

Malu kerana balik awal? Ya, kadang kadang balik awal daripada orang buat kita rasa malu. Tetapi lihat juga waktu yang staf dibenarkan balik. Jika kita dibenarkan balik pukul 6 petang, balik saja jika sudah tidak ada apa untuk dibuat. Balik lebih awal daripada itu, anda ada sebab untuk rasa malu.

“Nanti apa pula orang kata..”

Hmmm… susah juga kalau kita asyik fikir apa orang akan kata.  Pilihan sebenarnya di tangan kita. Kita balik kerja lewat tapi hasil kerja sama dengan balik awal, yang mana lebih baik? Balik lewat semata mata taknak orang kata (baca: tunjuk rajin) lebih penat daripada cukup masa, terus balik.

No comments:

Post a Comment