Wednesday, August 15, 2012

Meraikan Syawal, bagaimana kita sambut dan raikannya


Selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan, kini musim meraikan kemenangan sudah tiba; Syawal. Bulan Ramadan, bukan setakat teman teman Muslim saja yang berpuasa tetapi teman saya yang bukan Islam juga turut ‘berpuasa’ ; bagi menghormati teman berlainan agama atau dengan niat untuk kuruskan badan. Ya, ‘puasa’ mereka mempunyai niat yang agak berlainan berbanding kita yang beragama Islam.

Tetapi kali ini fokus saya bukan untuk bincangkan hal puasa. Lagi beberapa hari kita akan sambut Aidilfitri, seluruh dunia. Aidilfitri sebenarnya hari kemenangan kita. Hari kitasambut dengan pujian kepada Allah, Solat Aidilfitri dan ya, budaya di Malaysia, balik kampung dan bertemu sanak saudara.  

Kemenangan dalam keraian ini, kita patut lihat dengan situasi kita mampu bekerja walaupun berpuasa, mampu menahan nafsu dan ada sesetengah kita mengambil peluang berpuasa ini untuk melengkapkan misi peribadi; berhenti merokok atau mengurangkan berat badan. Tidak salah kemenangan ini kita raikan. Cuma, bagaimana kita raikannya?
Terfikir, aku selalu lihat Aidilfitri disambut dengan ‘pertandingan’ rumah siapa paling cantik, paling mahal hiasan, perabot paling baru, baju raya paling bergaya/mahal atau makanan di rumah mana paling sedap/mahal. Ohhh…. Ini bukan kemenangan yang patut kita sambut, walau kita mampu memenanginya.
Budaya orang Malaysia indah sebenarnya. Bukan semua Negara mempunyai budaya ziarah menziarahi ketika berhari raya. Sesetengah tempat, ia adalah hari untuk berehat, pergi berkelah dan berjalan-jalan selepas bersolat Aidilfitri. Tetapi budaya kita, menziarahi kaum kerabat. Bila bekerja, kita susah balik kampung  kerana kerja. Kerja sekarang pula jauh dari kampung halaman. Waktu inilah nak tahu perkembangan kaum kerabat, siapa yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin, ahli keluarga baru, dan ahli yang baru ‘pergi’. 

Jadi, bila ada yang buat pertandingan tidak rasmi, agak ‘menyedihkan’ sebenarnya bagi pandangan aku. Aku sendiri, beli baju raya macam orang lain tetapi tidaklah meriah sebab niat aku Cuma untuk baju baru berhari raya, bukan untuk melaram untuk melawan siapa punya paling mahal. Fesyen pun, sebenarnya tidaklah perlu yang terlalu terkini.

Percayalah, kalau yang buat baju kurung (sebab selalunya perempuan yang suka bandingkan hal hal ini), awak pasti ke awak akan pakai selalu selepas raya? Jujur kawan kawan aku yang suka compare and contrast ni, baju raya letak tepi saja lepas raya. Baju harian beli baru saja nanti.  Barang lain pun sama saja rasanya, salah salah ada yang buat pertandingan baru; siapa paling kurang hutang raya dan siapa paling cepat langsai hutang raya. Tak penat ke, asyik bertanding je? Sudah duit habis, kepala sakit nak fikir mana nak cekau duit untuk bayar hutang, sakit jiwa lagi bila ia sebenarnya tak balik modal ( sebab kalah dengan orang lain). Ambik kau.

Ayat penghujung aku mungkin agak kasar sedikit tetapi, fikirlah. Kemenangan apa yang patut kita sambut untuk Syawal kali ini. Bagi kawan kawan yang menang untuk menjadi Raja Sehari atau bakal menimang 

No comments:

Post a Comment