Wednesday, August 1, 2012

Penterjemah: satu industri atau suka suka?

cuba lihat ayat di bawah;

Tighten logic with malleable spanners

Maksudnya ialah mengetatkan kunci dengan sepana boleh laras tetapi cuba pula anda guna Google translate, atau ubah makna satu per satu. Maknanya akan jauh menyimpang. Dalam sesetengah kes, sebagai contoh untuk rujukan sendiri, makna yang susah difahami kita boleh maafkan tetapi dalam urusan rasmi, ketepatan makna menjadi sangat penting. Di sini, kadang kadang khidmat penterjemah diperlukan. Kerjaya penterjemah di Malaysia mungkin masih belum gah seperti jurutera atau doktor tetapi bayarannya jika serius dan rajin, sama lumayan. Jika seorang jurutera yang mempunyai syarikat perunding kejuruteraan perlu giat mempromosi kemahirannya, penterjemah juga sama sebenarnya, cuma dalam industri yang berbeza.

Bagi sesetengah orang, alah apa sangat penterjemah. Kamus online ada, Google translate pun boleh. Tetapi, penyampaiannya tidak sama. Saya jamin, walaupun dalam ayat yang ringkas. 

Saya sendiri, kadang kadang tonton televisyen atau cd, jika ia berbahasa Inggeris, Indonesia atau Melayu, saya seboleh mungkin elakkan dari melihat terjemahannya. Selalunya tiada masalah cuma terjemahannya ada waktu terlepas pandang ia dibuat melalui bahan yang saya sebut sebelum ini, menghilangkan fokus saya, ia menjadi jenaka. 

Kerja sebagai penterjemah, (saya penterjemah sambilan) sebenarnya menarik. Saya perlu mengambil tahu pelbagai cabang ilmu walaupun ia bukan major saya ketika di universiti dulu. Ketelitian dalam istilah yang pelanggan mahukan juga membuat saya terpaksa meneroka lebih. Baik ia untuk perubatan, komputer atau kejuruteraan, banyak istilahnya hampir sama bunyi dan ejaan tetapi memberi interpretasi yang berbeza. Cuma, saya belum lagi jadikan kerja terjemahan sebagai  kerja sepenuh masa.

No comments:

Post a Comment