Tuesday, June 11, 2013

Bekerja di rumah, senang ke?


Bekerja di rumah, senang ke?

Sejak minggu lepas, aku sibuk susun satu sudut rumah untuk SOHO (Small Office Home Office). Sebab aku nak susun ruang tu, untuk keperluan perniagaan aku dan suami. Suami aku,bekerja sendiri tapi masih perlukan ruang untuk simpan, siapkan dan merencana kerjanya. Untuk aku, keperluan ruang untuk itu juga ada.

Satu hal kadang kadang bermain dalam kepala, Small Office HomeOffice ni, tempatnya satu ruang di rumah. Maknanya, kerja di rumah. Bukan suri rumah tapi kerja di rumah. Senang ke kalau berpejabat di rumah? Bagi kebanyakan orang yang tidak pernah bawa balik kerja langsung ke rumah atau tidak pernah terdedah dengan hal ini akan cakap; alah senang la kerja di rumah. Tak payah keluar untuk bekerja. Tapi betul ke?

Bagi aku yang sudah lama dengan keadaan bawa balik kerja ke rumah, bekerja di rumah tak sesenang disangka. Betul, kita tak perlu keluar untuk ke pejabat kerana pejabat sudah ada di rumah atau paling tidak pun, sebelah pintu rumah. Tapi, masuk kerja tetap perlu sama seperti pejabat jauh dari rumah. Maknanya, makan pagi dan urusan rumah tangga perlu disiapkan sebelum waktu mula bekerja, sama seperti orang yang perlu keluar bekerja .

“ Eleh.. tak la susah pun…”

Anda pasti tak susah pun?  Walau kita boleh atur masa kerja sendiri atau sesetengah orang panggil flexible, sebenarnya kerja jika pejabat di luar perlukan masa kerja sebanyak 8 jam sehari, bekerja di rumah juga 8 jam sehari. Jika fleksibiliti yang anda bincangkan, tahukan anda masa yang dicuri kerana rehat lebih atau buat kerja lain perlu diganti? Jika kerja di tempat lain, anda tidak ada masalah untuk mengganti masa yang digunakan untuk kerja lain. Cukup masa sudah boleh balik.

Tapi aku tak tolak kelebihan small office home office. Bagi orang yang perlu menjaga orang sakit atau ada anak kecil, bekerja di rumah adalah penyelesaian yang baik. Kalau tidak, pening juga kepala.  Nak keluar rumah, terfikirkan orang yang perlukan perhatian.


1 comment:

  1. Kerja di pejabat atau dirumah, masing2 ada pro and cons.. diri kita sendiri sbg penentu samada keja di pejabat lebih menarik ataupun di rumah yang lebih menarik..

    ReplyDelete