Thursday, June 25, 2026

Kepintaran Bahasa

 PINTAR BAHASA ( LINGUISTIC INTELLIGENCE)

 

Kepintaran Linguistik atau pintar bahasa ialah salah sau kepintaran dalam teori Kepintaran Pelbagai (teori oleh Howard Gardner).  Ia mewakili kepintaran menguasai bahasa: menulis dan berbual.

 

Orang pintar bahasa bagus dalam bercerita, berpidato dan memujuk. Senang cerita, mulut manis. Mereka pandai menerangkan sesuatu perkara menggunakan ayat dengan senang dan selesa.

Ciri - ciri orang pintar bahasa
1. Kaya Kosa Kata dan suka perkataan.
2. Suka membaca dan menulis

3. Memori kuat untuk perkataan dan idea

4. Mahir berkomunikasi dan petah bercaka[

5. Mahir memujuk

6. Cepat belajar bahasa baru

7. Suka permainan perkataan

 

Untuk mahir bahasa, selain hadir ke kelas, boleh lakukan aktiviti berikut

1. Membaca dengan konsisten

2. Permainan bahasa (Scrabble, Teka Silang Kata, Cari Perkataan Tersembunyi)

3. Sertai pertandingan atau aktiviti bercerita, berbahas atau berpidato

 

 

Orang yang pandai bahasa, sesuai berada di ‘kaunter hadapan’ menjadi pencerita, juruacara majlis, jurujual, penulis skrip, peguam, wartawan dan guru.


Orang pandai bahasa juga, senang menerokai aspek sejarah, undang-undang dan politik. Walaupun ketiga-tiga aspek ini berdasarkan fakta, mereka mampu menguasai dengan baik kerana kebanyakan masa, bidang ini banyak bermain dengan perkataan.

 

Rujukan

Saul McLeon, 6 Mac 2025. https://www.simplypsychology.org/linguistic-intelligence.html

Kendra Cherry, 17 Mac 2026.  A Comprehensive Guide to Verbal Linguistic Intelligence. https://www.verywellmind.com/verbal-linguistic-intelligence-8643191

Alyssa Austin, 14 Mac 2023. “Word Smarts”: Understanding Verbal-Linguistic Intelligence in Students. https://www.connectionsacademy.com/support/resources/article/word-smarts-why-students-need-verbal-linguistic-intelligence-and-more/

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment