Monday, January 24, 2011

intuition

Always we’re asked how to choose the best when we have many option? The choise made by logic sometimes against the feel. Sometimes, the choise using only logic is not the best.

Intuition actually play a role in our life especially when to choose among the best. However, always we choose logic because it ‘looks like’ to have a very good reason.Everyone have this feeling but, we are not using it frequently. Intuition that comes to us when we’re in good condition and relax never lies to us.

A friend comes to me,between 2 option, she don’t know which is the best.For muslim, of course a Istikharah prayer will be a routine this time but, how the answer will come? Don’t wait for the dream this time.Dream will always come, without we ask for it. It maybe just a distruption. Use thefelling this time.The prayer is important,to get the best conditon to see through the option, and made the best decision. The decision, maybe from dream or spontaneus idea.



How to get the feel?

1- Be calm
Takes time to calm down.When we’re thinking the problem, we can’t see the the solution, only the problem.
2- Open mind.
Took aside our ego. Sometimes we fight between logic and instinct. Tr to minimun the word “no way” , “impossible” etc.
3- Be creative.
There’s many way to be creative such as writing and sketching.Let it be from heart.At one time,we’ll find the point. I believe when we face more problem, more creative we become.
4. Ask our heart
When we ask ourself,it will be clearer.The easy question such as ‘what’s next?’ is enough to make us thinking the answer.
5. Journal
Journal or diary become a recors what’s happen in our life. All these will help us to forecast what will hapen next.


Kerap dituju soalan bagaimana jika di antara sekian banyak pilihan,mana satu yang terbaik? Pertimbangan dibuat mengikut logik akal kadang kala bercanggah dengan hati. Ada waktu, pilihan mengikut logik akal itu bukanlah yang terbaik.

Gerak hati (intuition, bahasa Inggeris) sebenarnya memainkan peranan dalam hidup kita, contohnya ketika memilih sesuatu. Namun, selalu juga kita mengikut logik akal kerana dilihat lebih mempunyai alasan yang kukuh.
Kita diberi kelebihan ini Cuma, jarang benar kita gunakan. Perasaan yang terlintas di fikiran tidak akan menipu kita, ketika kita berada dalam keadaan tenang.

Selalu saya mendengar teman teman mengeluh, antara 2 pilihan; tidak pasti yang mana pilihan tepat. Bagi Muslim, ya solat Istikharah menjadi rutin kala ini. Tetapi, jawapan datang pada waktu yang bagaimana? Jangan ditunggu mimpi pada waktu ini. Mimpi akan hadir sentiasa, tanpa perlu kita pohon pada yang Sang Pencipta. Ia boleh jadi mainan tidur. Guna intuition pada masa masa ini. Berdoa itu penting, untuk mendapat ketenangan supaya dapat ilham dan lintasan di hati yang terbaik. Ilham itulah, yang mungkin datang dalam mimpi atau terfikir secara spontan.

Selalu juga kita terfikir,bagaimana seorang ibu boleh mengetahui apa yang anakya sedang fikirkan? Ibu sememangnya mempunyai gerak hati yang kuat.

Bagaimana cara untuk mendapat gerak hati, penentu pilihan kita? Panduan ini mungkin berguna;
1. Tenang
Ambil masa untuk bertenang. Ketika kepala berserabut dengan masalah, kita tidak nampak jalan, cuma nampak masalah.
2. Buka minda
Ketepikan ego buat sementara. Ada waktu kita mahu melawan gerak hati dengan ego. Minimumkan rasa ‘takkan lah’ , ‘tak mungkinlah’ , ‘janganlah...’ .
3. Kreatif
Banyak cara untuk menjadi kreatif, seperti menulis dan melakar. Biarkan ia dari hati. Sampai satu masa,kita akan temui titik temu semua ini. Saya percaya, ketika banyak masalah melanda, kita menjadi lebih kreatif kerana hendak menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
4. Soal diri
Ketika kita soal diri sendiri, akan lebih jelas kita lihat sesuatu yang terjadi. Soalan mudah seperti ‘apa seterusnya?’ sudah cukup buat hati kita berdetak, memikirkan jawapan.
5. Jurnal
Jurnal atau diari menjadi rekod apa yang telah terjadi selama ini dalam hidup kita. Semua ini membantu kita meramal apa yang bakal terjadi.


No comments:

Post a Comment