Sunday, January 9, 2011

Kecewa?

Kecewa?

Perasaan kecewa memang perit untuk ditanggung terutamanya apabila kita benar benar mengharapkan sesuatu untuk terjadi.
Rasa kecewa tidak dapat dielak, kita akan melaluinya sepanjang hidup. Bezanya, bagaimana kita melaluinya dan bagaimana kita kawal kekecewaan itu.

Bagaimana mengawal rasa kecewa?
a)      Elakkan menyendiri di tempat sunyi. Betul, kita mahu masa sendiri,tetapi bersendiri di tempat yang orang lalu lalang(contohnya di taman) lebih baik berbanding bersendiri di tempat sunyi (seperti dalam bilik). Ini kerana emosi yang tidak stabil membuatkan kita keliru dan mengambil langkah yang salah untuk selesaikannya
b)      Jangan mengungkit. Kita selalu mendengar orang kecewa mengungkit “kalaulah aku tahu..”, “kalaulah begini...”, “kalaulah begitu...”. Ungkit sebegini tidak membantu malah menambah kekecewaan. Jadi, elakkan.
c)      Jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran, bahawa kita tidak mahu hal ini berlaku lagi pada masa depan. Belajar dari kekecewaan ini, baiki diri.
d)      Bagi Muslim, ingatlah bahawa Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu.Kita insan terpilih, yang Dia tahu kita mampu harungi semua masalah ini.
e)       Bangkitkan semangat secepat mungkin. Bersedih tidak salah tetapi melayan kesedihan dan kekecewaan terlalu lama langsung tidak membantu. Cari kekuatan dalam diri dan tonjolkannya.

No comments:

Post a Comment