Saturday, August 8, 2026

KEPINTARAN LOGIK MATEMATIK

Howard Gardner mencadangkan orang pintar logik matematik dalam Teori Kepintaran Pelbagai pada tahun 1983. Ia menerangkn keupayaan mengecam nombir, pola, punca dan menyelesaikan masalah secara bersistem. Orang jenis ni, senang dalam menganalisa dan banyak ekerja dengan nombor dan fakta secara tersusun. Bagi psikologis Piaget pula, kepintaran logik matematik ialah kemahiran individu megurus objek, menyusun mengikut aturan dan hubungkait.Antara orang popular pintar logik matematik seperti Alan Turing dan Marie Curie. 

Kekuatan orang yang pintar logik-matematik, bagus dalam mencari punca, mengecam corak dan menganalisa masalah secara logik. Mereka cenderung berfikir konsep nombor, dan pola hubungan.

Orang jenis ni, cenderung bekerja sebagai saintis, ahli matematik, pengaturcara, jurutera dan akauntan. Penulis buku juga, menggunakan kemahiran logik matematik untuk menyusun plot cerita, untuk menarik perhatian pembaca.

 

Kelebihan individu ada kepintaran logik matematik 

1. Penyiasat yang berkesan.

2. Perancang yang bagus.

3. Penasihat yang dipercayai.

 

Kekurangan individu yang ada kepintaran logik matematik

1. Kurang empati dan emosi

2. Berfikir berlebihan

3. Kurang kesabaran

 

 

 

Pautan

Kepintaran pelbagai

Kepintaran bahasa

Kepintaran interpersonal

Kepintaran visual

Kepintaran alam

Kepintaran kinestetik

Kepintaran muzik

Kepintaran intrapersonal

 

Rujukan

Kendra Cherry, MSEd, July 5, 2026. Gardner's Theory of Multiple Intelligences. https://www.verywellmind.com/gardners-theory-of-multiple-intelligences-2795161

Logical - Mathematical Intelligence. https://jobcannon.io/tests/multiple-intelligences/results/logical

Educational Technology Innovation and Impact/Why use Technology in Education/Logical-Mathematical Intelligence

Wiki.https://en.wikibooks.org/wiki/Educational_Technology_Innovation_and_Impact/Why_use_Technology_in_Education/Logical-Mathematical_Intelligence

6 Ogos 2024.Logical Mathematical Intelligence: The Secret to Finding Solutions Faster and Better. https://okr.business/blog/logical-mathematical-intelligence-why-people-find-solutions-faster-better/ 

 

Friday, August 7, 2026

KEPINTARAN INTERPERSONAL


Kepintaran interpersonal ialah kepintaran seseorang untuk berhubung dengan orang lain. Individu jenis ini senang berinteraksi dengan orang sekeliling dan mempengaruhi orang lain. Senang cerita, orang yang pintar interpersonal ni, orang yang agak ekstrovert.

 

Howard Gardner memberi contoh Anne Sullivan , guru yang mengajar Helen Keller, seorang yang pekak dan buta berusia 7 tahun.Sullivan seorang yang separuh buta dan mendapat pendidikan asas mengajar pendidikan khas.  Sullivan menunjukkan kemahiran interpersonal yang tinggi ketika berurusan dengan Keller. Dengan bantuannya, Keller menjadi seorang penulis dan pensyarah yang dikenali pada abad ke 20.

 

Antara individu popular yang mahir kepintaran interpersonal ialah

1. Mahatma Gandhi

2. Mother Teresa

3. Oprah Winfrey

4. Bill Clinton

 

 

Antara ciri orang yang mahir interpersonal.

l Empati.

l Kesedaran sosial tinggi.

l Kemahiran komunikasi

l Kemahiran mengadaptasi

l Boleh bekerja dalam kumpulan

l Bakat kepemimpinan

l Mahir mengurus konflik

 

 

Kelebihan orang yang ada kemahiran interpersonal

1. Hubungan rapat dengan individu lain

2. Kurang ketakutan sosial

3. Lebih minda terbuka

4. Lebih senang berurusan

5. Kerjaya lebih berkembang

 

 

 

Ada perbezaan, antara kemahiran interpersonal dan intrapersonal.

Kemahiran Interpersonal

l Fokus kepada interaksi dengan individu lain.

l Menekankan bina hubungan sosial

l Termasuk kemahiran seperti empati, mendengar dengan aktif dan komunikasi

l Ketua dan ahli kumpulan yang bagus

l Menyumbang kepada permbangunan sosial

 

 

Kemahiran intrapersonal

l Fokus kepada memahami diri sendiri

l Menekankan penerokaan dan refleksi diri

l Penekanan kepada motivasi diri dan berdikari

l Termasuk kemahiran mengawal emosi dan membuat keputusan

l Melibatkan pembangunan diri

 

 

 

 

Pautan

Kepintaran Pelbagai

Kepintaran Alam

Kepintaran Bahasa

Kepintaran kinestetik

Kepintaran Visual

Kepintaran Logik-matematik

Kepintaran Muzik

Kepintaran intrapersonal 


Rujukan

CFI Team, 12 November 2018. Interpersonal Intelligence. https://corporatefinanceinstitute.com/resources/management/interpersonal-intelligence/

Sanjana Gupta, 1 Julai 2026. How to Develop Interpersonal Intelligence. https://www.verywellmind.com/interpersonal-intelligence-8640261

 

 

 

 

Sunday, August 2, 2026

KEPINTARAN VISUAL SPATIAL


 

Kepintaran visual spatial ialah keupayaan seseorang untuk melihat dan menganalisa ruang visual di sekeliling. Kepintaran Visual Spatial ialah salah satu kepintaran dalam teori kepintaran pelbagai. Howard Gardner menggariskan kepintaran visual cekap dala menunjuk arah, melihat sesuatu dalam banyak sudut dan berpaksikan benda.

 

Menurut Dr Richard Kraft, pensyarah Otterbein University, Kepintaran Visual ialah keupayaan berfikir dalam bentuk 3 sudut pandang (3 Dimensi).  Orang yang pintar visual mahir dalam menunjuk arah dan pandai membaiki atau memasang alatan. Berbeza dengan orang yang kurang kemahiran ini, yang mudah sesat.

 

 

Ciri-ciri kepintaran visual

 

1. Berfikir dalam bentuk objek

2. Melihat corak yang mungkin orang tak nampak atau tak sedar

3. Memproses maklumat secara visual

4. Suka menggunakan bentuk atau objek untuk mengingat

5. Memori gambar sangat tinggi berbanding ayat.

 

Orang yang pintar visual

 

1. Menyelesaikan teka teki atau puzzle dengan bimbingan minimum.

2. Melukis dengan daya ingatan.

3. Membaca peta dengan senang.

4. Membina struktur blok (seperti LEGO) dengan senang.

 

 

 

Menurut beberapa pakar dalam dunia pendidikan, pelajar yang kuat kepintaran visual sangat bagus untuk terlibat dalam kursus STEM (Science, Technology, Engineering, Math) atau Sains Gunaan seperti Kejuruteraan dan Perancangan Bandar.

 

Pautan
Kepintaran Pelbagai

Kepintaran Alam

Kepintaran Bahasa

Kepintaran Kinestetik

 Kepintaran Interpersonal

 Kepintaran Logik

Kepintaran muzik

Kepintaran intrapersonal


Rujukan

1. 28 Julai 2025. Apakah Kecerdasan Ruang Visual dan Cara Memperbaikinya pada Kanak-kanak. https://xiairworld.com/ms/kecerdasan-spatial-visual/

2. Amy Marschall 21 Disember 2025. Understanding and Developing Visual-Spatial Intelligence. https://www.verywellmind.com/visual-spatial-intelligence-8628123

3. Spatial Intelligence (Psychology), Wiki. https://en.wikipedia.org/wiki/Spatial_intelligence_(psychology)