Wednesday, October 12, 2011

seorang saja?


“hey.Bersendirian? Tak takut ke?”

Satu soalan yang sejak dulu aku tak suka. Sudah Nampak aku sendirian, mahu bertanya lagi. Lagipun dalam erti kata yang sebear, aku tidaklah bersendirian. Aku masih dikelilingi orangramai cuma, aku tidak berurusan dengan mereka.

Satu hal juga, tidak mungkin aku mahu berkepit dengan kawan kawan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ada waktu, kita mahu bergerak sendiri. Malah dalam kes aku, kerap kali aku tak dapat menunggu kawan sebab urusan aku berlainan dengan urusan orang lain. Nak ada orang temankan, dia tak ada kerja ke? Aku pula, bukan jenis yang suka menunggu kawan dankerap aku pula penat melayan kerenah kawan yang ikut aku. Sometimes, better not.

Dalam hidup seharian pula, kerap kita jumpa orang di sana sini. Perlu juga waktu bersendirian untuk tenangkan fikiran dan hati. Tidaklah sampai bertapa, tapi, sekurang-kurangnya tidak diganggu orang banyak.

No comments:

Post a Comment