Sunday, October 16, 2011

supermum?


Supermum?
Tengah tengah tertekan dengan kerja, aku kemas meja dan capai satu majalah. Satu artikel menarik aku baca; supermum perlu jaga diri. Huh? Dari satu sisi, kita nampak supermum ni mesti hebat habislah. Semua kerja dibuat sendiri, lagi lagi kalau yang bekerja. Bagi anak sedikit, mungkin boleh dikawal. Tapi, kena yang anak ramai atau anak yang lasak, alamak.!!

Sindrom supermum mungkin sudah jadi trend sekarang, bila para ibu bukan lagi surisumah sepenuh masa. Keperluan ekonomi yang mendesak, buat perempuan sama naik dengan lelaki untuk bekerja. Perempuan pula, rasanya semua orang faham kalau yang cerewet tu bagaimana lagaknya. Serba serbi mahu sempurna. Dalam kes supermum ni, kerjaya mahu dicapai, keluarga pun mahu dijaga baik.

Menjadi supermum tidak lah salah bagi aku, sebab semua orang mahu jadi super. Kita sentiasa mahukan yang terbaik tapi, janganlah sampai membebankan diri.  Bagi aku, kalau supermum tak terfikir hal diri sendiri, agak bahaya. Sebabnya kalau ditakdirkan dia tak ada atau, mungkin sakit, tak ada orang nak ambil alih. Melainkan ada  orang sekeliling sanggup menjadi pengganti sementara.

Sebahagian dari artikel itu, aku bawa ke sini;
a)      Sayangi diri sendiri. Logiknya orang yang tak sayangkan diri sendiri memang tak mungkin sayangkan orang lain. Mungkin superwoman atau supermun lebih sayangkan kareer atau anak lebih dari dirinya tapi dia masih perlu sayangkan diri sendiri.
b)      Dapatkan untuk diri dahulu. Kalau orang yang pernah naik kapal terbang, anda dinasihatkan dapatkan oksigen untuk anda dahulu sebelum diberi kepada anak atau orang di sebelah. Kerana hanya orang ang selamat sahaja dapat menyelamatkan orang lain. Sama juga anda, setelah keperluan anda cukup, anda mampu memenuhi keperluan keluarga.





aku suka gambar ni, kucing pun dodoikan anak :)

No comments:

Post a Comment