Tuesday, December 27, 2011

Hujung tahun, tercapaikah azam tahun ini?


Asal awal tahun saja,kita akan buat azam tahun baru. Azam yang disambung dari tahun tahun sebelumnya atau benar benar azam baru.Tapi, bila hujung tahun, berapa ramai antara kita yang menganalisa azam yang kita buat pada awal tahun?

 Ramai orang termasuk saya, kadangkala, cuma memberi jawapan ringkas; Berjaya atau terkandas. Boleh sambung saja tahun hadapan atau tutup saja tahun ini. Tapi, ada lagi yang ramai mungkin lupa untuk analisa kembali azam yang pernah dibuat untuk tahun ini. Apa yang sebenarnya terjadi, benar benar tercapai atau benar benar terkandas? Kenapa begitu? Dan, apa yang sebenarnya telah kita buat dengan azam yang kita pasang, dua belas bulan lepas?

Azam, semua orang milikinya. Tetapi,perancangan untuk mencapai azam, tidak semua orang miliki. Sasaran juga kadangkala kita terlupa letak, bagai menembak tanpa sasaran.

Azam dan impian, perlu bersama dengan perancangan dan pelaksanaan. Betul, ada antara kita sudah rancang dan laksana tetapi masih gagal. Lihat perspektif yang berbeza; sasaran terlalu tinggi, tempat tidak sesuai, masa yang salah, atau memang sudah bukan rezeki kita. Sekurang kurangnya, kita sudah usahakan sesuatu.

Sempena melangkah ke tahun baru tidak lama lagi, bagi yang punya impian, saya kira sudah mula boleh merencana sekurang kurangnya sasaran yang ingin dicapai. Bagi teman teman yang mungkin mengikut arus sahaja, jangan cuma melihat. Jika ada peluang yang baik, rebutlah. Biar kita ada sesuatu yang berfaedah dan berguna untuk dicapai.

No comments:

Post a Comment