Monday, December 12, 2011

JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN


Satu peribahasa Melayu yang menggambarkan pengembara yang melalui banyak tempat mengumpul banyak ilmu.

Dari satu segi, mungkin bukan budaya Melayu untuk mengembara. Cuma sekarang, kita kebanyakan merantau lebih kepada mencari rezeki dan ilmu. Tetapi,kata kata ini, terbukti benar. Bagi seorang pengembara, setiap tempat  yang dilalui akan member ilmu yang berbeza. Satu hal yang jelas, tiap tiap tempat menaarkan budaya dan bahasa yang berbeza untuk dipelajari.Dalam satu satu perjalanan jauh juga, membuka peluang untuk kita mengenali lebih ramai orang, dan mungkin ia baik  jika kita mahu mencari peluang jaringan maklumat. Dalam konteks perniagaan, ia adalah peluang mencari pasaran baru selain mengukuhkan pasaran sedia ada.

Dalam kes pemindahan teknologi, peribahasa ini diguna pakai dalam kes kerajaan menghantar pelajar tajaan ke negara lain untuk hal ini.Hal ini diharap supaya ilmu yang ditimba dibawa balik untuk kegunaan setempat sebagai perkongsian ilmu dan kepakaran. Hal yang sama bagi sektor korporat yang menghantar pekerjanya mendapat latihan di luar atau lawatan sambil belajar.

Dalam berkongsi cerita pengembaraan, kadang kadang ada yang mengeluh, “ susah lah nak makan . di sana  tak ada …..”, “tak nak lah pergi jauh jauh, nanti susah tak ada orang nak tolong..”

Sebenarnya, kerana cara pemakanan yang berbeza membantu kita berdikari dan kreatif untuk kelangsungan hidup. Ramai yang saya kenal, asalnya tidak pandai memasak tetapi disebabkan merantau dal bermasalah dalam hal ini, mereka kembali dengan keadaan mahir memasak. Begitu juga dengan risiko susah. Susah apa sebenarnya? Susah sebab tidak ada orang tua? Sekalipun kita kekal di kampung halaman, ibubapa kita satu hari nanti akan ‘pergi’ juga. Terima lah hakikat ini.  Risiko susah boleh membantu kita buat persediaan awal, contohnya risiko penyakit berjangkit buat kita berjaga-jaga seperti mengambil vaksin berkaitan dan menyediakan ubat yang perlu. 

No comments:

Post a Comment