Saturday, July 3, 2010

maaf

Kita sering berhadapan dengan keadaan susah memaafkan orang lain. Kita  juga sering bertemudengan orang yang sering membuat silap dan terlalu mudah meminta maaf. Pun begitu, kita sering diingatkan supaya memaafkan saja orang dan tidak menyimpan dalam hati. Namun hakikatnya tidak mudah untuk memberi kemaafan.Kenapa?

Cuba tanya pada diri sendiri,adakah kita berhak untuk menghukum seseorang dengan tidak memaafkan?
Jelas sekali,apabila seseorang itu telah melakukankesalahan,pasti akan timbul rasa insaf. Apabila timbul rasa insaf,pasti akan timbul rasa kesal dan meminta maaf. Sememangnya sikap yang mulia adalah memaafkan orang. Bayangkan jika kita tidakmemberi maaf, maka dalam diri akan timbul sikap lebih buruk iaitu terbitnya demdam.Perhubungan yang  terjalin lama boleh terputus,inilah keadaan yang diingin oleh syaitan.


Bagaimana untuk menjadi pemaaf?

Anggaplah setiap yang berlaku adalah ujianNya.Kita sendiri pun tidak terlepas dari melakukan  kesalahan.Setiap kesalahan yang dilakukanitulah kelemahan diri.Setiap hari dan ketika, maafkanlah orang lain.Janganlah terlalu menyalahkan orag lainyang tidak boleh memaafkan kesalahan kita,

Bagaimana untuk minta maaf?

  1. pastikan kemaafan itu benar – rata rata orang dapat mengetahui kemaafan itu benar-benar atau tidak, dan minta maaf dalam keadaan terpaksa boleh menambahkan masalah sedia ada.
  2. jangan mengiakan tindakan anda  – jika anda sibuk menerangkan kenapa anda melakukannha,ia menampakkan anda tidak mahu minta maaf sepenuh hati.
  3. berjanji untuk berubah – jika anda tidak yakin bahawa anda ingin membaiki diri,permohonan maaf anda kurang diyakini.
  4. ucapkan dengan berhemah – pastikan orang yang anda minta maaf itu tahu dengan jelas kenapa anda minta maaf.
  5. bersedia dengan penerimaan luar jangkaan– kadangkala orang memberi kemaafan dengan langsung. Tetapi ada juga orang tidak menghiraukan anda yang meminta maaf buat sementara, atau memberi maaf tanpa memberi tahu anda secara berhadapan. Ini di luar jangkaan anda,jadi biarkan sementara jika anda tidak mendapat kemaafan serta merta.Anda sudah memulakan langkah, tindakan selanjutnya,bergantung kepada mereka.

Sumber: Rapi
              Tom O’Leary,  www.LifeGoalAction.com.

No comments:

Post a Comment